web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemimpin Diingatkan Supaya Tidak Rakus, Angkuh, Gelojoh Macam Pegawai Penjajah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2024 8:07AM

Orang ramai membanjiri perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan sempena sambutan Peristiwa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, malam tadi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemimpin sekarang diingatkan supaya tidak bersikap rakus, angkuh dan gelojoh sebagaimana pegawai-pegawai dari negara penjajah suatu masa dahulu.

Beliau berkata, sikap berkenaan tidak patut ada dalam diri pemimpin zaman sekarang jika mereka benar-benar ikhlas mahu membina Malaysia ke arah lebih baik.

"Kita tahu kita tak akan ada di sini mengecapi nikmat kemerdekaan kalau tidak kerana jasa tokoh-tokoh besar kita dahulu yang sanggup menggadai nyawa, harta benda untuk mencapai kemerdekaan untuk negara kita.

"Ini juga peringatan kepada pemimpin-pemimpin yang memikul amanah sekarang supaya belajar daripada elemen dan ciri yang positif dan baik daripada mereka (pemimpin terdahulu) dan tidak terheret dengan amalan kerakusan, keangkuhan, kegelojohan, pegawai- pegawai penjajah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Ulang Tahun Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ke-68 di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir di sini, malam tadi.

Hadir sama, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Beliau berkata, justeru bagi mengenang jasa pemimpin terdahulu, generasi penerus harus berusaha sedaya upaya untuk mengangkat martabat negara ke peringkat lebih tinggi.

"Generasi penerus, harus berusaha sedaya upaya kita, mengangkat martabat negara, membangun ekonomi, meneruskan mutu pendidikan dan kesihatan, bawa pelancong dan industri (datang melabur) supaya rakyat boleh hidup dengan lebih selesa.

"Dan inilah komitmen kita sementara kita berasa terharu dan tersentuh hati nurani kita kerana kita adalah generasi yang kenang jasa," katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, ketika Perlembagaan negara dilihat memberi keistimewaan kepada orang Melayu, namun dalam masa yang sama undang-undang tertinggi negara juga tidak menyisihkan kaum lain yang bersama-sama memperjuangkan kemerdekaan negara.

"Sebab itu dalam melakar Perlembagaan negara oleh pemimpin-pemimpin ketika itu, ditetapkan kedudukan Bahasa Melayu, agama Islam (sebagai) agama Persekutuan, hak keistimewaan (orang) Melayu dan kedaulatan Raja-raja Melayu, tapi tidak pernah disebut maksud untuk meremehkan hak orang lain, merendahkan darjat orang lain atau menghina mereka (kaum bukan Melayu).

"Kerana mereka diiktiraf sebagai warganegara yang sah yang bersama dalam Tanah Melayu dalam memperjuangkan kemerdekaan... ini pengajaran yang penting bagi negara kita," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad