web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Taib Mahmud Meninggal Dunia, Akan Dikebumi Di Sarawak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2024 7:31AM

Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas berada dalam keadaan uzur buat beberapa lama, mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.28 pagi tadi.

Allahyarham yang berusia 87 tahun meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.

Pemergian beliau disahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof kepada Astro Awani.

Turut mengesahkan kematian Allahyarham adalah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Difahamkan, pengurusan jenazah Taib akan dilakukan di Masjid Negara, sebelum diterbangkan ke Kuching, Sarawak.

Abdul Karim seperti dipetik portal Dayak Daily berkata, upacara pengebumian akan dilakukan dengan penuh istiadat di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak Baru. 

Pemergian Allahyarham menamatkan segala spekulasi dan desas-desus mengenai tahap kesihatan beliau, seperti yang kerap dilaporkan media kebelakangan ini.

Semalam, isteri Taib, Toh Puan Raghad Kurdi Taib menerusi hantaran di Insta Story menafikan suaminya berada dalam keadaan kritikal.

Tangkap layar hantaran Raghad yang menafikan suaminya berada dalam keadaan kritikal
Tangkap layar hantaran Raghad yang menafikan suaminya berada dalam keadaan kritikal

 “Saya baru-baru ini dimaklumkan mengenai sebuah laporan atas talian mengenai sekeping foto didakwa sebagai suami saya, Tun Taib yang dikatakan sedang kritikal.

“Saya mahu mengesahkan itu bukan foto beliau, tetapi individu lain yang juga sedang menerima rawatan,” katanya.

Dikenali sebagai Bapa Pemodenan Sarawak, Taib melakar sejarah yang cukup besar untuk Bumi Kenyalang.

Pentadbirannya berhasil mengubah negeri itu menjadi antara negeri maju di Malaysia. - Getaran, 21 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

4

Politik 2 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad