web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bakar Kereta Polis Bantuan: Pekerja P-Hailing Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2024 8:06AM

Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  - Tindakan seorang pekerja p-hailing membakar sebuah kereta polis bantuan dan memuat naik video kejadian tersebut bagi mendapatkan perhatian di aplikasi TikTok, membawa padah apabila ditahan polis semalam. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata suspek lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di Flora Damansara, di sini, kira-kira jam 10 pagi dan polis turut merampas tukul besi serta botol air berisi petrol disyaki digunakan dalam kejadian tersebut.

"Siasatan awal mendapati suspek melakukan perbuatan itu kerana mahu mendapatkan rating tinggi di aplikasi TikTok dengan cara memuat naik video kejadian melalui telefon bimbitnya selain mahukan perhatian," katanya dalam kenyataan.

Dalam kejadian 1.42 pagi semalam, sebuah kereta milik polis bantuan Prasarana Malaysia Berhad terbakar dipercayai akibat dibaling molotov cocktail berhampiran Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara.

Video suspek berlatar belakangkan kereta berkenaan yang sedang terbakar turut tular di laman sosial dengan kapsyennya yang mendakwa berpuas hati kerana telah membakar kereta tersebut.

Mohamad Fakhruddin berkata semakan mendapati lelaki itu yang bekerja sebagai penghantar makanan positif dadah jenis morfin hasil ujian saringan air kencing, namun tiada rekod jenayah lampau.

Menurutnya lelaki tersebut akan direman hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 dan 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat dengan api. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Semasa 3 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

3

Semasa 4 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

Semasa 5 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad