web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Tumpas Sindiket Penipuan Pelaburan Bitcoin

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2021 5:27PM

Antara barang rampasan yang diperoleh dalam serbuan yang dibuat. - Gambar dari Facebook IPD JBS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sindiket penipuan pelaburan Bitcoin ternyata masih wujud di negeri ini, walaupun pernah digempur pihak berkuasa.

Terbaru, dua siri serbuan dibuat ke atas sebuah pangsapuri di Jalan Tanjung Puteri di sini, oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 5.45 petang itu, seramai lapan lelaki ditahan, termasuk dua warga China.

Ketua Polis Daerah JBS, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Padzli Mohd Zain berkata, semua yang ditahan berusia antara 21 hingga 33 tahun.

Beliau berkata, hasil serbuan itu, pihaknya turut berjaya merampas dua set komputer, tiga komputer riba, 35 telefon bimbit pelbagai jenama, empat buku catatan dan wang tunai berjumlah RM 7,200.

“Semua rampasan ini dipercayai digunakan oleh kumpulan ini dalam melakukan kegiatan penipuan pelaburan Bitcoin.

“Semua tangkapan ini juga disyaki terbabit dengan pelaburan Bitcoin yang tidak wujud dalam talian dan semua suspek juga menerima gaji sebanyak RM 2,300 sebulan serta komisen 10 peratus atas setiap penipuan yang berjaya,” katanya.

Mohd Padzli menarik perhatian, terdapat dua laman web yang dipercayai digunakan suspek dalam aktiviti pelaburan Bitcoin tidak wujud ini.

Katanya, suspek juga berperanan mencari mangsa di media sosial dengan memulakan perbualan sebagai kawan sehingga mendapat kepercayaan daripada mangsa, sebelum mendorong dan memperdaya mereka untuk melabur dalam Bitcoin.

“Mangsa juga dikehendaki mendaftar ketika menyertai pelaburan tersebut bagi mendapatkan kata nama dan kata laluan.

“Mangsa yang menyertai pelaburan dikehendaki memasukkan wang ke dalam akaun bank yang ditentukan oleh suspek, dipercayai dikawal dari luar negara,” jelasnya.

Mohd Padzli bagaimanapun memberitahu, hasil semakan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Enam suspek warga tempatan ditahan reman selama empat hari, manakala suspek warga China ditahan reman selama 14 hari sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI)  bagi membantu siasatan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan denda,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Padzli turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati sekiranya ditawarkan untuk menyertai sebarang pelaburan.

“Kita juga ingin mengingatkan, sebelum menyertai sebarang pelaburan, pastikan ia

wujud dan berdaftar dengan pihak Bank Negara Malaysia (BNM).

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah penipuan boleh menghubungi terus IPD JBS di talian hotline 07-2182323,” katanya. - Getaran, 1 Jun 2021

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar