web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pesawat Terhempas: Proses Bedah Siasat Dijangka Selesai Hari Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2024 12:22PM

Ahli keluarga mangsa, dipercayai juruterbang, Daniel Yee Hsiang Khoon, di luar Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Proses bedah siasat mangsa nahas pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda di sini tengah hari semalam, dijangka selesai hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata waris kedua-dua mangsa telah hadir ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi pengambilan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) pagi ini.

"Urusan bedah siasat dijangka selesai hari ini dan (mayat)boleh diserahkan kepada waris," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Pemerhatian Bernama di Jabatan Forensik HTAR mendapati waris kedua-dua mangsa tiba di pekarangan hospital kira-kira 8 pagi tadi.

Mengikut manifest (senarai penumpang dan anak kapal) yang didaftarkan, nama mangsa yang terbunuh ialah juruterbang Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantu juruterbang Roshaan Singh Raina, 42.

Waris mangsa nahas udara di Kapar petang semalam berada di Jabatan Forensik HTAR sementara menunggu mayat mangsa selesai dibedah siasat. - gambar BERNAMA
Waris mangsa nahas udara di Kapar petang semalam berada di Jabatan Forensik HTAR sementara menunggu mayat mangsa selesai dibedah siasat. - gambar BERNAMA

Kedua-dua mangsa dipercayai terbenam bersama bahagian kokpit pesawat di kawasan ladang kelapa sawit dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada 1.45 tengah hari semalam.

Pesawat dikendalikan Air Adventure Flying Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 1.28 tengah hari untuk penerbangan rekreasi. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar