web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kajian SSPA Kini Di Peringkat Akhir - KSN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2024 8:13PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kini berada di peringkat akhir sebelum ianya dibawa ke Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Berucap menyampaikan amanat tahun 2024 di sini hari ini, beliau berkata, kajian SSPA dibuat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu sedang diteliti sebaiknya, sebelum apa-apa keputusan dibuat.

"... JPA di peringkat akhir kajian (SSPA) dan akhirnya kerajaan akan meneliti atau membuat keputusan berdasarkan apa yang diputuskan," katanya.

Mohd Zuki memuji komitmen Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang komited dan berani melaksanakan kajian SSPA demi kebajikan penjawat awam.

"Ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin, beri keutamaan kepada kebajikan penjawat awam dan sebenarnya ini bukan perkara baharu.

Lama dah kita bincang, sebab itu saya lihat kerajaan yang ada hari ini paling berani melaksanakan perkara ini," katanya.

Pada 9 Februari lalu, Anwar berkata, hasil kajian SSPA dijangka diumumkan selewat-lewatnya suku keempat tahun ini. 

Pihak media sebelum ini melaporkan laporan akhir kajian SSPA dijangka siap dalam tempoh dua bulan lagi.

Anwar dilaporkan sebagai berkata, perkara itu diputuskan berdasarkan persetujuan Mohd Zuki dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Dalam perkembangan lain, Mohd Zuki mahu semua peraturan dan pekeliling dalam perkhidmatan awam dikaji semula supaya ia sesuai dengan kehendak semasa.

Beliau berkata, KPPA bersama Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican telah diminta untuk menyemak perkara itu.

"Kadang-kadang kita susah hati kerana dah bertahun-tahun, kita (masih) guna peraturan lama dan ia tidak lagi sesuai dengan kehendak zaman dan semasa," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kenaikan Gaji, Elaun Tetap Penjawat Awam Lebih 13 Peratus Mulai 1 Disember Ini - PM

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad