web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendatang Lolos Di Bidor: Tiada Penglibatan Dalang Setakat Ini - Imigresen

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2024 3:31PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen setakat ini tidak mengesan penglibatan dalang dalam kejadian 131 pendatang asing meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor, Perak pada 1 Februari lalu, kata ketua pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh.

Beliau berkata, bagaimanapun siasatan lanjut mengenai kejadian itu sedang dijalankan.

"(Jabatan) Imigresen tidak nampak lagi ada penglibatan dalang dalam kes berkenaan (131 pendatang meloloskan diri) dan siasatan masih dibuat," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu jemputan program 'Apa Khabar Malaysia' terbitan BERNAMA TV hari ini.

Dalam menyiapkan siasatan kejadian itu, Jabatan Imigresen katanya, turut menemu bual beberapa tahanan yang berada di dalam depot imigresen berkenaan.

Menurut Ruslin, Jabatan Imigresen menjangkakan kertas siasatan kejadian itu siap akhir bulan ini.

Beliau berkata, selain Jabatan Imigresen, siasatan turut dilaksanakan agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.

Pada ketika ini, katanya, Jabatan Imigresen memiliki 18 depot kekal dan dua depot sementara di Bidor serta Beranang, Selangor dengan penilaian jabatan menunjukkan keadaan keselamatan di depot sementara Beranang adalah terkawal.

Ruslin berkata, sebaik sahaja menyelesaikan kertas siasatan, pihaknya akan meneliti perkara yang disyorkan dan mengemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri.

Ditanya mengenai usaha mencari sebahagian daripada pendatang asing yang masih bebas, beliau berkata radius pencarian kini diperluas sejauh 15 kilometer.

"Dalam erti kata lain, Jabatan Imigresen tidak hentikan pencarian dan bilik gerakan masih dibuka. Saya yakin mereka ini (pendatang asing) tidak boleh bersembunyi dan bertahan lama dalam hutan. Lambat-laun mereka akan keluar dan meminta makanan daripada penduduk kampung," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

86 Pendatang Tanpa Izin Lolos Diberkas Setakat Ini - Ketua Polis Perak

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tahanan DTI Lari: Tambahan 100 Anggota JIM, PGA Digerakkan Pagi Ini - Ruslin

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Hampir Hilang Nyawa, Firdaus Bangkit Pecah Rekod Kebangsaan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Helikopter Terputus Hubungan Tak Buat Panggilan Kecemasan, Hilang Pada Ketinggian Mendadak

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad