web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perak Kehilangan Seorang Ulama Tersohor - Sultan Nazrin

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2021 1:40PM

Allahyarham Harussani Zakaria meninggal dunia selepas dijangkiti COVID-19.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Mufti Perak, Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Kedua baginda menzahirkan ucapan itu kepada balu Allahyarham, Puan Seri Ainon Ghazali menerusi warkah takziah yang dikeluarkan Istana Kinta hari ini.

"Melalui warkah ini, Beta dan Raja Permaisuri menzahirkan ucap takziah kepada Puan Sri dan mendoakan semoga waris, anggota keluarga dan sahabat handai Allahyarham menghadapi saat duka dan hiba ini dengan penuh keredaan dan ketabahan di samping meningkatkan ketakwaan.

"Semoga segala khidmat murni Allahyarham diterima sebagai amal yang diberikan ganjaran rahmat ketika berada di alam barzakh, begitu juga pada hari kebangkitan. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan roh-roh para solihin," titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah, sepanjang tempoh berkhidmat sebagai Mufti Kerajaan Negeri Perak, Harrusani sentiasa menyembahkan pandangan dan nasihat untuk baginda memenuhi amanah sebagai Ketua Agama Islam Negeri.

"Pengalaman peribadi yang amat Beta kenangi ialah bimbingan bersifat keayahan Tan Sri (Harussani) semasa mengiringi Beta menunaikan Rukun Haji pada 2003

“Dewan Negara Perak dan Negeri Perak Darul Ridzuan kehilangan seorang ulama tersohor. Pemergian yang ditentukan oleh Ilahi itu semestinya merupakan kehilangan lebih besar kepada waris, anggota keluarga dan sahabat handai,” titah baginda.

Baginda bertitah, Allahyarham semasa hayatnya sentiasa memperlihatkan sifat kesetiaan yang tinggi terhadap Raja Pemerintah dan sangat memelihara tata adab dan kesopanan untuk memuliakan dan mendaulatkan institusi Raja Berperlembagaan serta mempamerkan sifat seorang ulama, ilmuwan, pendidik dan pendakwah yang menjunjung amanah menyempurnakan tanggungjawab dengan penuh komitmen dan dedikasi.

"Ketokohan yang dimiliki meletakkan Allahyarham sebagai seorang tokoh Islam yang dihormati, disegani lagi disayangi," titah baginda. - Getaran, 1 Jun 2021
 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad