web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelanggaran Tatatertib Pegawai, Anggota Polis Rosakkan Reputasi PDRM - KPN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2024 1:58PM

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelanggaran tatatertib melibatkan pegawai dan anggota polis yang berlaku baru-baru ini telah menconteng arang, selain merosakkan reputasi serta mengurangkan kepercayaan masyarakat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata, sebagai warga PDRM yang memegang amanah, tindakan tegas perlu diambil oleh segenap lapisan untuk mengelak insiden sedemikian daripada berulang.

"Sekali lagi saya mengulangi peringatan kepada diri saya dan para penyelia di semua peringkat untuk bertanggungjawab dalam mengawal selia pegawai serta anggota masing-masing daripada semua sudut.

"PDRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana Pegawai Penyelia yang didapati gagal dalam penyeliaan seperti yang termaktub dalam Peraturan 3C Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993," katanya.

Razarudin berkata demikian semasa perhimpunan bulanan Ketua Polis Negara bagi bulan Februari 2024 anjuran Jabatan Pengurusan di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Pada 2 Februari lalu, Razarudin dilapor berkata, semua Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah diminta untuk memperkasakan Peraturan 3C bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Sementara itu, sebanyak RM31.44 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2024 bagi pelaksanaan latihan untuk warga PDRM berbanding RM22.09 juta pada tahun lalu.

Beliau berkata, sebanyak 1,968 kursus, Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dan bengkel dirancang bagi tahun ini berbanding 1,871 kursus, LDP serta bengkel yang telah dilaksanakan tahun lalu.

"Peningkatan ini jelas menunjukkan bahawa PDRM serius dalam usaha meningkatkan tahap kompetensi sumber manusia," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Israel Akan Dituduh Esok - KPN

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Ketua Pemuda UMNO Dirujuk Pejabat Peguam Negara Minggu Depan - KPN

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad