web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dua Ratu Cantik Dakwa Ditipu

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2021 1:04PM

Durrgah (kiri) dan Durga mendakwa tidak menerima hadiah berjumlah RM77,000 seperti yang dijanjikan. Gambar: media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selepas menghabiskan masa selama 16 hari di sebuah vila di Rawang tanpa akses kepada internet dan telefon, dua ratu cantik mendakwa tidak mendapat apa-apa hatta wang kemenangan berjumlah RM77,000.

Susulan itu, Durga Devi Raggu dan Durrgah Rajah bertindak menyaman Measat Broadcast Network Systems (Astro) dan Keris Media Networks kerana didakwa tidak menerima hadiah yang dijanjikan.

Astro bertindak sebagai penganjur pertandingan ratu cantik berbahasa Tamil 'Azhagin Azhagi 2020' manakala Keris Media pula dilantik untuk menerbitkan program berkenaan.

The Vibes melaporkan, dalam pertandingan tersebut, peserta dikehendaki menetap di sebuah vila selama 16 hari dan sebelum itu, mereka perlu melalui ujibakat dan melayakkan diri dalam kedudukan 20 teratas.

Durga dan Durggah telah menghadiri uji bakat itu serta menandatangani “Terma dan Syarat Azhagin Azhagi 2020” yang mengesahkan penyertaan mereka dalam pertandingan tersebut pada 2019.

Durga menang hadiah pertama berjumlah RM60,000 manakala Durggah di tempat ketiga, dengan hadiah RM17,000.  Tempat kedua menerima wang RM37,500.

Sebanyak sembilan episod telah disiarkan pada 13 September hingga 8 November, 2020.

Bagaimanapun selepas episod akhir disiarkan, Durga dan Durrgah mendakwa episod itu telah disunting dengan cek replika yang diberikan kepada mereka telah dikaburkan.

“Plaintif merasa tindakan mengaburkan cek replika itu menunjukkan defendan mempunyai niat buruk untuk menipunya,'' menurut satu kenyataan.

Durga dan Durrgah juga memaklumkan mereka sepatutnya menerima hadiah yang dijanjikan itu selepas tiga bulan episod akhir disiarkan.

Kedua-duanya diwakili oleh peguam Asheeq Ali. – Getaran, 8 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pahabaq Kedah? Jom Pakat Bergelak Ketawa Dengan Sepahtu Reunion

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Saman Bapa Budak Lelaki 11 Tahun Pandu Kereta

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Antara Bank Mulai 1 Julai

oleh Sophia Ahmad