web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bila Laginya Uya Nak Makan Mi Kari Kakak?

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2024 10:35AM

Ibu saudara kepada tiga kanak-kanak mangsa kejadian kepala air di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Ainur Radin Mustapha Amiruddin, memeriksa sepasang seluar yang dipakai seroang daripada mangsa. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAPAH - “Bila lagilah Uya (Aszura) nak makan mi kari kakak ni?", kata Noraini Maswan, 44, mengingati kata-kata Aszura Bani, 37, mangsa lemas tragedi kepala air di Sungai Kenjur, Sg Poh, Bidor sewaktu mangsa singgah makan di kedai makan tempat Noraini bekerja.

Noraini berkata Isnin lalu, Aszura kali terakhir datang makan mi kari kuah kicap di kedainya bersama anaknya lelakinya Hafiy Muhayat Azam, 4, yang turut terlibat dalam kejadian petang semalam.

Dua lagi anak Aszura yang dikhuatiri lemas ialah Hana Mikayla, 6, dan Hanum Marissa,2.

"Saya tak sangka kata-kata itu menjadi petanda Aszura akan pergi selama-lamanya, dia dan Hafiy memang selalu makan di kedai tempat saya bekerja sejak setahun lalu, seminggu sekali dia akan singgah makan dan makanan kegemarannya mi kicap kuah kari," katanya ketika ditemui di sekitar tempat kejadian malam tadi.

Dalam kejadian semalam, Aszura yang berkelah bersama tiga anaknya, kakaknya, Aslinda Bani,38, anak Aslinda dan seorang pembantu rumah, terperangkap dalam kepala air jam kira-kira jam 4.03 petang sebelum mayatnya ditemukan petang semalam, disusuli penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dipercayai anaknya, pada jam 9.45 malam tadi.

Bagaimanapun Aslinda dan anaknya yang berusia 12 tahun serta pembantu rumah wanita warga indonesia ditemukan selamat, manakala dua anak Aszura masih hilang.

Sementara itu, kakak ipar Aszura, Ainur Radin Mustapha Amiruddin, 51, berkata dia bertemu dengan Aszura, suaminya Azam Radin Mustapha Amiruddin, 46, dan dan tiga anak saudaranya di rumah ibunya di Bidor minggu lalu.

Beliau berkata dalam pertemuan itu, tiga anak saudaranya sangat teruja bertemu nenek mereka dan dalam minggu itu sahaja telah dua kali Aszura dan adiknya sekeluarga datang melawat.

"Mereka (tiga beradik) kata sangat rindukan opah mereka, minggu lepas sahaja dua kali mereka datang melawat," katanya.

Ainur berkata adiknya Azam tidak mengikuti isteri dan anak-anaknya berkelah, kerana ada urusan lain.

“Sehingga sekarang saya masih belum jumpa Azam sebab dia terus ke hospital, saya tak tahu keadaan dia macam mana, sebab hilang isteri dan tiga anak sekali gus," katanya.

Ainur berkata beliau berharap dua lagi anak saudaranya akan ditemukan, walau dalam apa keadaan sekali pun.

"Kalau boleh memang nak mereka selamat, jika tidak, harap dipermudahkan (pencarian),"katanya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mencari dua kanak-kanak mangsa yang diteruskan pagi ini. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad