web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Calon KP J-Kom Bakal Diumum, Struktur Jabatan Akan Dirombak - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2024 8:52PM

Fahmi Fadzil (tengah) pada sidang media selepas mesyuarat pasca kabinet - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Calon Ketua Pengarah (KP) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) telah dimuktamadkan dan akan diumumkan setelah selesai beberapa proses dokumentasi, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Menurutnya nama calon tersebut telah diluluskan dalam mesyuarat Kabinet dan pada masa yang sama kementerian itu dalam proses merombak struktur J-Kom.

"Yang lebih penting daripada pelantikan KP J-Kom seperti yang saya telah sebut sebelum ini adalah kita sedang dalam proses merombak struktur itu jadi saya rasa itu yang menjadi keutamaan kepada Kementerian (Komunikasi).

"Saya lihat jabatan ini perlu disuaimanfaatkan, diselaraskan semula beberapa tindakan gerakan kerja," beliau berkata pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Apabila ditanya adakah proses pelantikan KP yang baharu itu melibatkan rombakan pegawai yang lain beliau hanya menjawab : "la akan melibatkan perubahan".

"Proses rombakan ini melibatkan Jabatan Perkhidmatan Awam, maka kita kena lalui proses itu.

"Saya menjangkakan proses dalam J-Kom ini akan mengambil sedikit masa," katanya.

KP J-Kom yang bakal diumumkan namanya tidak lama lagi bakal menggantikan penyandangnya Datuk Mohammad Agus Yusoff setelah beliau meletakkan jawatan berkuat kuasa 15
Disember lepas.

Mohammad Agus dilantik sebagai KP J-Kom pada Februari 2023.

Mengulas mengenai pengganti jawatan Speaker Dewan Negara susulan pelantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Yang Dipertua Negeri, Fahmi berkata pengumuman nama calon tersebut akan dibuat oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum persidangan Dewan Negara akan datang.

"Nama telah dicadangkan dan diserahkan kepada PM untuk diumumkan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar