web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JAS Kedah Kesan Longgokan Sisa Insulator, Disyaki Diproses Kilang Haram

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2024 1:10PM

Timbunan sisa insulator atau penebat di sebuah kilang. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mengesan longgokan insulator atau penebat di kawasan seluas kira-kira 7,200 kaki persegi di sebuah kilang dipercayai beroperasi secara haram di Kawasan Perindustrian Bakar Arang, Sungai Petani semalam.

Pengarah JAS Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, sebaik menerima maklumat mengenai kewujudan longgokan itu, beliau mengarahkan siasatan dijalankan dan didapati kawasan bangunan yang menempatkan sisa tersebut telah ditinggalkan serta tidak lagi beroperasi.

“Longgokan tersebut ialah penebat yang telah dipisahkan daripada wayar. Bahan yang tertinggal ini ialah buangan sisa pepejal dan JAS akan maklumkan kepada pihak berkuasa tempatan serta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) untuk tindakan selanjutnya.

“Kilang disyaki kilang haram dan tiada sebarang tanda nama kilang dijumpai,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, wayar sekerap yang masih belum diproses dikategori sebagai buangan terjadual namun jika telah dipisahkan lapisan luar wayar, ia dikategorikan sebagai sisa pepejal.

Terdahulu, Adun Bakar Arang Adam Loh berkongsi mengenai longgokan sisa itu di laman Facebook pada 2 Februari lepas.

“Terjumpa sisa yang dipercayai adalah sisa kitar semula di sebuah kilang yang tidak disewa di kawasan perindustrian Bakar Arang.

“Kami telah melakukan tinjauan menggunakan dron menunjukkan bahawa sisa tersebut meliputi kawasan yang luas dan ketinggiannya mungkin mencapai sehingga tiga tingkat.

“Dalam musim kemarau ini, keadaan tersebut boleh membawa risiko kebakaran yang serius. Aduan mengenai hal ini telah disalurkan kepada pihak agensi kerajaan untuk tindakan lanjut,” tulisnya dalam hantaran itu yang turut disertakan video menunjukkan longgokan sisa tersebut. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

3

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

4

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

5

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 6 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran