web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mirzan, Mokhzani Mahathir Bakal Didakwa Jika Gagal Isytihar Harta Mengikut Tempoh - Azam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2024 5:24PM

Mohd Azam Baki - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua anak mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal berdepan tuduhan gagal menyisytiharkan harta jika gagal berbuat demikian dalam tempoh ditetapkan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Mohd Azam Baki berkata, sehingga hari ini pihaknya masih belum menerima notis pengiystiharan daripada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Azam yang dipetik portal Berita Harian Online berkata, notis terbabit sudah diserahkan mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009 bulan lalu.

“Kalau tidak membuat pengisytiharan dalam tempoh yang ditetapkan, mereka boleh dituduh gagal mengisytiharkan harta.

"Tetapi mereka boleh membuat permohonan selepas tempoh yang diberikan tamat pertengahan bulan ini,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian Online.

Mohd Azam menyatakan demikian selepas Program Cakna Rasuah Bersama Pengamal Media Sarawak, di Kuching hari ini.

Program berkenaan antara lain turut dihadiri Pengarah SPRM Sarawak, Datuk Mohd Zaki Hassan dan Pengarah Bahagian Komunikasi
Strategik SPRM, Kamaruddin M. Ripin.

Mengulas lanjut Mohd Azam berkata, pengisytiharan harta adalah sebahagian daripada skop siasatan dan pendakwaan jika dilakukan, akan mengambil sedikit masa.

“Pendakwaan terhadap mereka lambat lagi kerana kita perlu melengkapkan siasatan dahulu," katanya.

Mirzan pada 18 Januaro=i lalu dikehendaki mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangan, sama ada di dalam atau luar negara.

Beliau perlu berbuat demikian dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis.

Mokhzani pula berdepan siasatan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. - Getaran, 6 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 6 hari yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

3

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

4

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

5

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 5 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad