web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kematian Akibat Kanser Meningkat Kepada 12.6 Peratus Pada 2022

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2024 8:20AM

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika mendengar taklimat pada program Hari Kesedaran Kanser Hati Sempena Hari Kanser Sedunia 2024’ anjuran Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM dan Akademi Perubatan Malaysia (AMM) di Cheras. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia 2023 menunjukkan kanser adalah punca kematian keempat tertinggi di Malaysia, menyaksikan peningkatan kepada 12.6 peratus pada 2022 berbanding 10.5 peratus bagi tahun sebelumnya.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata berdasarkan Laporan Fakta Kesihatan Malaysia 2023, kanser juga adalah antara punca utama kematian di hospital swasta meliputi 26.44 peratus dan yang keempat di hospital Kementerian Kesihatan (KKM) iaitu 9.29 peratus.

"Kematian yang tinggi ini juga dapat dikaitkan dengan pengesanan penyakit di tahap yang lewat iaitu tahap III dan IV yang tinggi melebihi 60 peratus daripada keseluruhan kanser yang dilaporkan, berdasarkan laporan oleh Registri Kanser Malaysia," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata data Registri Kanser Malaysia menunjukkan bahawa sejumlah 168,822 kes baharu telah dilaporkan bagi tempoh lima tahun bermula 2017 hingga 2021 manakala kanser payudara, kanser kolorektal, kanser paru-paru, kanser limfoma dan kanser hati merekodkan kadar insiden tertinggi bagi tempoh berkenaan.

Sempena sambutan Hari Kanser Sedunia bertema Close the Care yang berlangsung hari ini, Dr Dzulkefly menyeru rakyat Malaysia untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat melalui pemakanan selain aktif secara fizikal, tidak mengambil alkohol dan tidak merokok.

Beliau berkata rakyat Malaysia juga perlu menyokong usaha KKM dalam mencegah penyakit kanser di Malaysia seperti pemberian vaksin hepatitis B kepada bayi menerusi program Imunisasi Kebangsaan dan vaksin Papillomavirus Manusia (HPV) yang ditawarkan kepada remaja perempuan berumur 13 tahun.

"Jalani saringan kanser bagi tujuan pengesanan lebih awal kerana ia dapat meningkatkan kadar kelangsungan hidup, mengurangkan morbiditi dalam kalangan pesakit kanser dan meningkatkan kualiti hidup pesakit kanser," katanya.

Dr Dzulkefly juga berkata pihaknya akan memastikan rakyat menerima perkhidmatan komprehensif yang tidak terikat kepada kemampuan termasuk penjagaan kesihatan bagi pesakit kanser.

"Selain itu, misi dalam mempertingkat promosi kesihatan dan pencegahan penyakit termasuk kanser dengan memperkukuh fungsi kesihatan awam akan diteruskan melalui aktiviti promosi serta pencegahan terutama di fasiliti kesihatan primer KKM," katanya.

Sambutan Hari Kanser Sedunia pada tahun ini memberi penekanan kepada penjagaan kanser yang memfokus kepada keperluan pesakit secara keseluruhan meliputi kepentingan kesejahteraan fizikal dan psikologi. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

3

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

4

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

5

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 5 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad