web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Laksa Sarawak Jadi Menu Warisan Simbol Perpaduan Di Bumi Kenyalang - Aaron

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2024 5:14PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Juadah yang sinonim di Bumi Kenyalang, laksa Sarawak, diangkat sebagai menu warisan yang mencerminkan simbol perpaduan sempena program FoodUnites Ini Warisan Kita edisi Sarawak (FoodUnites), kata Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang.

Berucap ketika merasmikan program berkenaan di Tebingan Kuching, hari ini, beliau berkata, sejumlah 12 gerai laksa Sarawak milik usahawan tempatan yang mempunyai keunikan tersendiri ditampilkan buat pengunjung yang hadir.

"Kesemua premis restoran ini diberikan pengiktirafan sebagai Cita Rasa Menu Kami kerana telah berjaya mengetengahkan premis makanan yang menghimpunkan detik-detik perpaduan melalui hidangan pilihan makanan rakyat Malaysia.

"Selain itu, terdapat enam makanan tradisi utama lain dalam acara Foodunites ini seperti nasi lemak, kuetiau goreng, ayam pansuh, nasi beriani, kek lapis dan latok," katanya.

Menurutnya, kira-kira 10,000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan program itu yang berlangsung sehingga esok.

Aaron berkata, penganjuran inisiatif berkenaan akan diperluaskan ke semua negeri dan wilayah sebagai usaha menyemarakkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui pendekatan warisan makanan.

Beliau berkata, edisi FoodUnites seterusnya akan dianjurkan di Melaka dengan menampilkan juadah asam pedas sebagai menu warisan negeri berkenaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jaga Kesihatan, Tengku Hassanal Sempat Joging Di Kuching

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar