web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Saksi Kes Bekas Seorang Setiausaha Politik Didakwa Beri Keterangan Bercanggah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2024 4:29PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua saksi utama pendakwaan dalam kes rasuah bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Mohamad Sabu, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memberikan keterangan bercanggah semasa disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ketika perbicaraan kes itu.

Ahmad Hisham Mohd Tajuddin, 54, dan Zainudin Abdul Majid, 53, yang juga adik-beradik, mengaku tidak bersalah, selepas kesemua pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Ahmad Hisham yang juga bekas pengarah sebuah syarikat, didakwa atas empat pertuduhan memberikan keterangan tidak selaras pada perbicaraan kes rasuah dihadapi Mohd Azhar Che Mat Dali, dengan pernyataan yang diberikan kepada Penolong Kanan Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Shamsudin Md Noh.

Tertuduh memberi keterangan pada perbicaraan kes rasuah itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 8, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 9 Mei dan 9 Jun 2023, manakala keterangan kepada SPRM di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, pada 2 November 2022.

Zainudin pula didakwa atas lima pertuduhan sama ketika memberikan keterangan dalam perbicaraan yang sama pada 21 Mac dan 7 April 2023, yang tidak selaras dengan pernyataan kepada Shamsudin pada 4 November 2022.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 27(2) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan Farah Yasmin Salleh, menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin untuk kesemua pertuduhan bagi kedua-dua tertuduh, serta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri sebulan sekali ke pejabat SPRM berhampiran sehingga kes selesai.

Peguam Wan Shahrizal Wan Ladin yang mewakili kedua-dua tertuduh, memohon jaminan rendah atas alasan anak guam kini tidak bekerja dan menjaga ibu mereka yang lumpuh, selain kesalahan yang dilakukan tidak mendatangkan kemudaratan kepada pihak ketiga.

Mahkamah membenarkan Zainudin dan Ahmad Hisham masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat-syarat tambahan seperti yang dipohon pihak pendakwaan serta menetapkan 26 Februari untuk sebutan semula kes.

Pada 12 Januari, Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskan Mohd Azhar, 53, daripada tujuh pertuduhan menerima dan meminta rasuah berjumlah RM6.48 juta daripada syarikat kontraktor bagi membantu mendapatkan projek di sebuah kementerian. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

2

Semasa 3 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

3

Semasa 3 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

4

Semasa 4 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar