web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lagenda Bola Sepak Beckham Hangatkan Pelancaran AMGFP

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2024 9:19PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kehadiran ikon bola sepak Inggeris, David Beckham pada program Adidas Bola Sepak Wanita Malaysia (AMGFP) menggamatkan suasana pelancarannya yang berlangsung di Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara di sini,hari ini.

Beckham, 48, berada di ibu negara bagi melancarkan pameran 'The World of The Predator' yang memaparkan sejarah 30 tahun kasut bolasepak direka jenama sukan Adidas di pusat beli belah The Exchange TRX Mall, petang ini.

Terdahulu, beliau yang juga bekas bintang Manchester United meluangkan masa beramah mesra kira-kira sejam serta terlibat menjalani latihan bersama peserta yang menyertai program AMGFP itu.

Beliau turut memberikan kata-kata motivasi kepada peserta sebelum berbesar hati menandatangani autograf ke atas barangan seperti jersi, kasut bola selain sempat berswafoto bersama peminat yang hadir.

"Seronok berada di sini dan saya sangat teruja berada di Kuala Lumpur. Saya telah menjadi penyokong besar bola sepak wanita sejak saya berpindah ke Los Angeles (Amerika Syarikat)," katanya.

Semalam, ikon bola sepak Inggeris itu mencuri perhatian netizen apabila memuat naik gambarnya di laman rasmi Instagramnya dengan berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas di sini.

Hantaran tersebut sehingga kini meraih lebih sejuta tanda suka (likes). - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran