web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Pengampunan Najib Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2024 8:57PM

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu bagaimanapun berkata sebarang ketetapan mengenai perkara tersebut termasuk kenyataan media hanya akan dikeluarkan oleh pihak yang berkenaan.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi mengingatkan pengamal media tempatan dan luar negara untuk menunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan sebelum membuat laporan berhubung permohonan pengampunan Najib.

"Saya minta bantuan semua, janganlah kita bertindak sebelum masanya dan tunggu kenyataan rasmi dikeluarkan.

"Patuhi proses itu, kalau tidak nanti timbul pelbagai reaksi. Kita perlu tunjuk profesionalisme dalam buat pelaporan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Fahmi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media antarabangsa Channel News Asia (CNA) bahawa Najib telah diberikan pengurangan hukuman daripada 12 kepada enam tahun.

Media itu, yang memetik sumber termasuk pegawai kanan kerajaan, melaporkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Najib atas pertuduhan rasuah dikurangkan kepada enam tahun oleh Lembaga Pengampunan selepas bermesyuarat pada Isnin lepas.

Selain itu, keputusan Lembaga Pengampunan yang diketuai Yang di-Pertuan Agong menyaksikan pengurangan denda RM210 juta (US$44.4 juta) kepada jumlah yang tidak ditentukan, demikian menurut tiga sumber yang bercakap, kepada CNA dengan syarat kerahsiaan ketat.

Fahmi juga berkata beliau telah bertemu dengan wartawan CNA susulan laporan itu.

Ditanya bila kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan akan dikeluarkan, beliau berkata "kita harap tidak lama lagi, itu sahaja yang dapat saya katakan... anda dan saya perlu tunggu." - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran