web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perkhidmatan LRT Terus Ke Masjid Jamek Bermula Esok

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2024 6:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Operasi transit aliran ringan (LRT) dari arah Ampang/Sri Petaling dan Putra Heights akan meneruskan perkhidmatan sehingga Stesen Masjid Jamek bermula esok hingga 16 Februari ini.
Ketua Pegawai Operasi LRT Rapid Rail Sdn Bnd (Rapid Rail) Nor Azmi Mohd Yusof berkata perubahan operasi tren ini akan memudahkan pengguna tanpa perlu turun di stesen LRT Hang Tuah untuk mendapatkan tren pengantara bagi meneruskan perjalanan ke stesen Masjid Jamek.
Bagaimanapun, beliau berkata penumpang masih perlu mendapatkan khidmat bas perantara percuma bagi meneruskan perjalanan di antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya.
"Dalam tempoh sama, pihak Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) akan menjalankan operasi percubaan akhir perkhidmatan LRT di antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya, sebagai persiapan sebelum pembukaan semula laluan ini kepada pengguna.
"... dengan perubahan terhadap pengoperasian itu, kekerapan tren pada waktu puncak juga akan dipertingkatkan kepada 3.5 minit bagi Daerah Pusat Perniagaan (DPP) dan tujuh minit di luar DPP susulan pertambahan tren daripada 24 kepada 31 tren," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi taklimat media mengenai operasi percubaan lanjutan daripada kerja-kerja baik pulih struktur jejambat dan landasan yang rosak berhampiran stesen LRT Bandaraya, di sini hari ini.
Sebelum ini, laluan di antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya ditutup sejak 27 Januari tahun lepas, susulan daripada kejadian kerosakan struktur dan landasan berhampiran Stesen LRT Bandaraya yang menyebabkan tren tidak dapat melalui kawasan berkenaan.
Nor Azmi berkata pelaksanaan operasi percubaan akhir ini dijalankan sebagai mematuhi piawaian operasi dalam langkah untuk memastikan keselamatan pengguna dan kebolehpercayaan sistem rel.
"Kita harap pengguna dapat bersabar sedikit masa lagi untuk percubaan akhir selesai sebelum kita dapat memulakan operasi normal yang dijangka dilaksanakan pada penghujung Februari ini, bergantung kepada penilaian dan kelulusan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)," katanya
Sementara itu, Ketua Jabatan Projek Pembangunan Rel Prasarana Malaysia Berhad Muhammad Hafizi Hashim berkata kerja-kerja membaik pulih struktur jejambat dan landasan berhampiran stesen Bandaraya telah selesai sepenuhnya.
"Semasa kerja-kerja dijalankan, kontraktor telah memasang beberapa peralatan untuk monitor di ground movement. Untuk ujian percubaan akhir ini, kita terus merekodkan prestasi ground movement untuk memastikan segala perjalanan masa ujian itu adalah melalui piawaian yang ditetapkan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad