web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menteri Kabinet Merafak Sembah Tahniah Kepada Sultan Ibrahim Sebagai Agong Ke-17

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2024 4:33PM

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ketika tiba di Istana Negara untuk Istiadat Melafaz Sumpah Jawatan pagi tadi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jemaah Menteri merafak sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang diyakini mampu memberi bimbingan dan nasihat kepada Kabinet bagi meneruskan komitmen kerajaan dalam meningkatkan perpaduan, kesejahteraan dan pembangunan negara.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin percaya dengan segala pengalaman yang ada pada Sultan Ibrahim dapat membantu menerajui Malaysia untuk memastikan negara berada pada landasan yang betul.

“Saya percaya ini yang menjadi harapan rakyat dan saya pasti berdasarkan pengalaman bersama-sama dengan Tuanku sebelum ini sebagai Menteri Besar (Johor), saya percaya Tuanku dapat benar-benar memainkan peranan untuk memberi apa-apa pandangan yang baik demi masa depan negara,” katanya kepada Bernama di Istana Negara hari ini.

Sultan Ibrahim hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di sini.

Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah tahniah Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara, pagi tadi. - gambar Bernama
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah tahniah Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara, pagi tadi. - gambar Bernama

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri pula melahirkan keyakinan bahawa Malaysia mampu mencapai kemajuan di pelbagai peringkat, baik tempatan mahupun antarabangsa di bawah naungan Sultan Ibrahim. 

"Kita di kementerian juga akan sentiasa memberikan khidmat yang terbaik untuk rakyat di bawah bimbingan Yang di-Pertuan Agong," katanya.  

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu turut menyatakan keyakinan bahawa kestabilan politik negara serta kesejahteraan hidup rakyat akan dapat ditingkatkan lagi sepanjang lima tahun pemerintahan Sultan Ibrahim yang bermula hari ini. 

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kebijaksanaan Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara dilihat akan memperkuat iltizam kerajaan terutama kementeriannya bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara yang lebih kukuh dan mampan.

Bagi Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, beliau yakin pemerintahan Sultan Ibrahim untuk tempoh lima tahun mendatang akan mengukuhkan lagi perpaduan negara sesuai dengan simbol Yang di-Pertuan Agong yang memayungi rakyat berbilang kaum di negara ini. 

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali pula merakamkan keterujaan untuk berkhidmat di bawah naungan Sultan Ibrahim dan memastikan kestabilan kerajaan dalam meneruskan mandat dalam membangunkan tanah air.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang merafak sembah kepada Seri Paduka Baginda berdua menerusi hantaran dalam Facebook, turut mendoakan agar Malaysia akan terus makmur dan maju di bawah pemerintahan Sultan Ismail dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

“Patik juga mendoakan ke hadrat Allah SWT. Duli Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan,” katanya.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ketika bersalaman dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. - gambar BERNAMA
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ketika bersalaman dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. - gambar BERNAMA

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said menerusi hantaran dalam akaun X beliau, turut merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Seri Paduka Baginda berdua. 

Menerusi platform yang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa pula mendoakan agar Malaysia akan terus makmur dan maju di bawah pemerintahan Seri Paduka Baginda berdua.

“Semoga Ke bawah Duli Tuanku berdua dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan dalam memerintah Malaysia,” kata Dr Zaliha menerusi catatan di X. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad