web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anggota Trafik Tular Minta Wang Direman 3 Hari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2024 4:22PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Tiga anggota polis trafik direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung perbuatan meminta wang daripada pasangan pelancong warga United Kingdom (UK) untuk menyelesaikan saman trafik di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, baru-baru ini.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata ketiga-tiga anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak yang ditahan itu berumur dalam lingkungan 37 hingga 42 tahun.

"Ketiga-tiga mereka telah direman selama tiga hari bermula hari ini (Selasa) bagi siasatan kes bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

"Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Beliau berkata kertas siasatan berkaitan kes itu diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan akan dirujuk kepada Timbalan PendakwaRaya selepas ia dilengkapkan.

"Siasatan dalaman turut dijalankan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman terhadap anggota terbabit. Kita juga meminta mangsa yang terlibat dalam kes ini tampil memberikan kerjasama agar siasatan dapat dilengkapkan dengan kadar segera," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Yusri berkata pihak polis memandang serius terhadap salah laku yang dilakukan oleh ketiga-tiga anggota berkenaan, selain tidak akan berkompromi dengan mana-mana warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melakukan perbuatan seperti itu.

“Polis turut mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ipoh melalui talian 05-2542222," katanya.

Pada 28 Januari lepas, media melaporkan Polis Bukit Aman menyiasat video tular yang memaparkan seorang polis trafik didakwa mengambil RM100 daripada dua pelancong asing dengan alasan membayar saman bagi kesalahan memandu melebihi had laju.

Menerusi video berdurasi 50 saat yang tersebar dalam platform X, pasangan pelancong dari UK itu disaman oleh polis trafik kerana didakwa memandu melebihi had laju, namun polis terbabit memberi tahu mereka boleh menjelaskan saman RM300 di balai polis berdekatan atau membayar RM100 kepadanya di situ. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad