web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPKT Selesaikan 11,361 Kes TPPS Pada 2023, Jumlah Tertinggi Dalam Sejarah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2024 12:45PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Sebanyak 11,361 kes Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS) berjaya diselesaikan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tahun lepas dalam menangani isu pertikaian perumahan dan pengurusan strata.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata daripada jumlah itu 1,331 kes melibatkan tuntutan pembeli rumah manakala 10,030 kes melibatkan tuntutan pengurusan strata.

"Jumlah kes yang berjaya diselesaikan adalah 99.87 peratus atau 11,361 kes pada tahun 2023. Ini  jumlah tertinggi dalam sejarah,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata rekod pendaftaran kes bagi kedua-dua tribunal yang paling tinggi juga dicatatkan pada 2023 iaitu 11,263 kes didaftarkan berbanding 9,617 kes pada tahun sebelumnya.

Fokus utama TPPS adalah untuk menyelesaikan pertikaian dan mengadili tuntutan pembeli rumah dan pengurusan strata secara berintegriti, kos efektif dan dalam tempoh masa yang singkat.

TPPS dipertanggungjawab untuk menyelesaikan kes tuntutan pembeli rumah dan pengurusan strata dengan petunjuk prestasi utama (KPI) 110 hari bekerja dari tarikh pemfailan kes bagi tuntutan di tribunal tuntutan pembeli rumah, dan menyelesaikan tuntutan di tribunal pengurusan strata dalam masa 150 hari bekerja dari tarikh pemfailan kes.

Nga berkata sistem e-TPS yang dilancarkan pada 12 September lepas mencatatkan sebanyak 1,500 kes yang difail orang awam secara dalam talian melalui sistem itu sehingga kini.

Beliau berkata sistem itu lebih mudah dan menjimatkan masa serta kos memandangkan pemfailan tuntutan dan pembayaran boleh dilakukan secara dalam talian tanpa hadir secara fizikal ke kaunter TPPS.

Justeru, Nga berkata KPKT sejak tahun lepas mengambil inisiatif mengadakan sesi libat urus bersama Pesuruhjaya Bangunan Pihak Berkuasa Tempatan untuk memberi kesedaran kepada orang awam tentang fungsi TPPS secara lebih meluas, malah kempen itu turut diadakan di kawasan-kawasan perumahan yang baru diserahkan milikan kosong. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad