web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Raja Zarith Sofiah Berangkat Ke Kuala Lumpur

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2024 6:51PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berangkat secara rasmi ke Kuala Lumpur hari ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, dengan beberapa foto mengenainya turut dikongsi di platform media sosial itu.

Mengiringi Permaisuri Johor adalah paduka anakanda Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

Terdahulu, keberangkatan tiba Raja Zarith Sofiah di Hangar Diraja Johor, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Kulai disambut Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafız Ghazi dan isteri, Datin Sharmin Fazlina Mohd Shukor.

Turut hadir, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli; Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Datuk Dr Azmi Rohani dan Ketua Polis Johor, CP M Kumar serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri Johor.

Sultan Ibrahim akan berangkat ke Istana Negara, Kuala Lumpur bagi Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Rabu ini.

Sultan Ibrahim akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan esok. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad