web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fahmi, Saifuddin, Serta 3 Menteri JPM Merafak Sembah Pelantikan Tunku Mahkota Johor

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2024 8:57AM

Ucapan tahniah atas pelantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Sultan Johor. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menerusi media sosial Facebooknya merafak sembah setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Sultan Johor semalam.

"Dirgahayu Tuanku! Daulat Tuanku!" katanya.

Dalam pada itu, beberapa jemaah menteri turut merafak sembah dan menitipkan doa dan kesejahteraan kepada Tunku Mahkota Ismail serta keluarganya.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, selain menjunjung kasih kepada baginda, beliau turut mendoakan agar Pemangku Sultan Johor itu dan keluarga sentiasa dirahmati serta berada di bawah lindungan Allah SWT.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa turut merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Tunku Mahkota Ismail.

"Patik mendoakan agar DYAM Tunku Mahkota Ismail serta seluruh kaum kerabat dikurnia dan dilimpahi ramat, keberkatan, kemuliaan dan keafiatan dalam menaungi negeri Johor Darul Ta'zim," katanya dalam hantaran di media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said masing-masing turut merafak sembah atas pelantikan itu serta mendoakan kesejahteraan Tunku Mahkota Ismail.

"Daulat Tuanku. Allah Berkati Johor," kata Azalina. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad