web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong, Permaisuri Berkenan Rasmi Laman Tuanku

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2024 9:11PM

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bergambar kenangan selepas pelancaran Laman Tuanku di Pintu 3 Istana Negara petang tadi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan merasmikan Laman Tuanku di sini.

Terletak berhadapan dengan Pintu 3 Istana Negara, Laman Tuanku adalah sebuah taman awam yang pembinaannya mengambil inspirasi daripada sikap kasih sayang Seri Paduka berdua yang kerap menyantuni rakyat jelata.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melihat replika Laman Tuanku. - gambar BERNAMA
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melihat replika Laman Tuanku. - gambar BERNAMA

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif KH Land Sdn Bhd Datuk Seri Jeff Yap sebelum diiringi untuk bergambar kenang-kenangan bersama tetamu kehormat dan pengurusan tertinggi syarikat di galeri di laman itu.

KH Land adalah pemaju bagi pembinaan laman berkenaan.

Seri Paduka berdua kemudian dibawa melawat galeri yang memaparkan gambar dan replika pembangunan keseluruhan Laman Tuanku sebelum menandatangani plak perasmian.

Al-Sultan Abdullan dan Tunku Azizah kemudian merasmikan majlis dengan melepaskan burung merpati sebagai gimik pelancaran Laman Tuanku, yang dibangunkan di atas tanah berkeluasan 1.6 hektar.

Lamân Tuanku, yang memiliki 13 laman mewakili negeri seperti Laman Darul Makmur dengan laman khas dikenali sebagai Laman Permaisuri serta dipenuhi tanaman rempah dan herba yang sering digunakan dalam masakan olen Tunku Azizah, dijangka menjadi tarikan pengunjung selepas ia dibuka kepada orang ramai pada Mac depan. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad