web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Silat Di Masjid Nabawi: Jemaah Dinasihat Betulkan Niat Ketika Ke Tanah Suci

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2024 5:55PM

- gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menasihati individu atau jemaah supaya membetulkan niat ketika mengunjungi Tanah Suci dengan niat semata-mata untuk beribadah.

Beliau berkata niat selain tujuan ibadat itu dikhuatiri bukan sahaja berpotensi menjejaskan ibadah, tetapi juga boleh mencalar nama baik negara.

"Sebab itu, saya kata bila niat untuk tujuan ibadah, saya bimbang kalau ada niat yang lain, nak buat pertunjukan silat dan sebagainya, ia akan 'ganggu' kita daripada niat asal untuk melakukan ibadah. la dibimbangi menjejaskan nama baik negara.

*Nasihat saya kepada mereka yang nak kunjungi atau ziarah ke Masjidil Haram atau Masjid Nabawi, perbetulkan niat masing-masing, kita tumpukan ibadah," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pelepasan peserta acara larian sempena program Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Run 2024-Powered by Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas satu video tular membabitkan seorang lelaki bersama dua kanak-kanak lelaki bersilat di hadapan Masjid Nabawi dengan lengkap berpakaian tradisi Melayu.

Perbuatan berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya yang mengatakan sebagai tidak wajar dan tidak beradab selain menjejaskan nama Malaysia.

Mohd Na'im bagaimanapun berkata beliau tidak melihat kejadian itu boleh menjejaskan jumlah kuota haji yang telah diberikan kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia.

Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun in adalah sebanyak 31,600 orang jemaah.

Mengenai proses pemutihan bantuan zakat bulanan. Mohd Na'im berkata data MAIWP sedia ada akan diintegrasikan dengan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi memastikan bantuan hanya disalurkan kepada individu layak. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad