JOHOR BAHRU - Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah hari ini berkenan berangkat memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Datuk Dr M Singaraveloo di Taman Iskandar, di sini.
Menurut satu hantaran di Facebook “The Royal Johor", turut berangkat sama ialah Tunku Besar Zabedah Almarhum Sultan Iskandar.
Hantaran itu memaklumkan mendiang pernah berkhidmat sebagai doktor perubatan kepada Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail.
Selain itu, Dr Singaraveloo juga pernah berkhidmat dengan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Keluarga Diraja Johor.
Dr Singaraveloo meninggal dunia semalam pada usia 77 tahun. - BERNAMA

