web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Mangsa Lemas Di Kolam Latihan Tentera Disahkan Anak Anggota

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2024 8:18AM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Identiti tiga mangsa lemas di kolam latihan sebuah kem tentera di Temerloh dekat sini dikenal pasti sebagai anak anggota di kem terbabit.

Mereka adalah Amar Mukhlis Mohd Anizan, 13, serta Aiman Syafiq Sudirman dan Muhammad Shafiq Aswad Shahril Naim, kedua-duanya berumur 11 tahun.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mazlan Hassan berkata, kejadian itu diketahui selepas seorang rakan mangsa meminta tolong daripada anggota tentera sekitar jam 5.30 petang.

"Pasukan tentera yang tiba di kolam menemukan tiga helai baju di tepi kolam dan pencarian menjumpai mangsa pertama iaitu Aiman Syafiq pada jam 5.55 petang disusuli Muhammad Shafiq Aswad pada 6.10 petang dan Amar Mukhlis lima minit kemudian.

"Semua mangsa dikejarkan ke pusat perubatan di kem, namun disahkan telah meninggal dunia oleh doktor di situ," menurutnya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Mazlan berkata, bedah siasat akan dilakukan esok di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh sebelum jenazah diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan di Bachok dan Pasir Puteh, Kelantan.

Beliau berkata, lokasi kejadian adalah kawasan larangan dan pihak tentera telah menutup tempat itu.

Siasatan awal juga mendapati tiada unsur jenayah dalam insiden itu dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut setakat ini.

Terdahulu, bomba melaporkan dua kanak-kanak dan seorang remaja lelaki ditemukan lemas selepas disyaki mandi di kolam latihan kereta kebal sedalam tujuh kaki (kira-kira 2.1 meter) di sebuah kem tentera di Temerloh. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelajar IPTA Lemas Di Kolam Ikan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Kenal Pasti Identiti 5 Sekeluarga Dihanyutkan Arus Deras Ketika Menjala

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad