web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suspek Curi Kabel TM Ditahan Selepas Dikejar Polis Sejauh 100km

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2024 8:30AM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DUNGUN - Polis menahan seorang lelaki, manakala dua lagi rakan melarikan diri selepas lori dinaiki mereka dikejar anggota polis sejauh hampir 100 kilometer (km) di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Maizura Abdul Kadir berkata, ketiga-tiga suspek berkenaan yang menaiki lori Isuzu dikesan dalam keadaan mencurigakan di Kampung Santong, Paka pada jam 4 pagi semalam.

Beliau berkata, pemandu lori berkenaan kemudian diarahkan berhenti untuk tujuan pemeriksaan, bagaimanapun dia bertindak memecut laju memasuki Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan merempuh penghadang Plaza Tol Paka.

"Mereka kemudian melarikan diri ke arah Kuala Terengganu dan keluar di Plaza Tol Ajil sebelum berpatah balik ke Dungun, melalui jalan Jerangau-Jabor.

"Suspek juga bertindak merempuh satu lagi penghadang tol ketika keluar dari LPT2 dan sebuah sekatan jalan raya di kawasan Jerangau, sebelum melalui jalan Tok Kah dan keluar di simpang Kampung Pulau Serai menuju bandar Dungun," katanya di sini, semalam.

Maizura berkata, lori tersebut kemudian berhenti berhampiran Jambatan Nibong, sebelum pemandu dan kelindannya yang masing- masing berusia lingkungan 30-an bertindak melarikan diri.

Bagaimanapun, katanya, seorang lagi suspek lelaki berusia 35 tahun yang berasal dari Kuantan, Pahang gagal meloloskan sebelum ditahan polis pada jam 6.55 pagi tadi.

"Hasil pemeriksaan pada belakang kenderaan tersebut mendapati terdapat kabel syarikat Telekom Malaysia (TM) sepanjang 44.2 meter dipercayai dicuri suspek.

"Polis ketika ini sedang mengesan dua suspek yang masih bebas dan suspek yang telah ditahan didapati memiliki sembilan rekod lampau berkaitan dadah dan kita akan jalankan ujian urin ke atasnya," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad