web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lantikan Kontrak Perkhidmatan Awam Adalah Sementara – JPA

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2024 8:18PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengambilan secara lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam merupakan langkah interim (bersifat sementara) ke arah pelaksanaan kaedah baharu lantikan tetap pegawai awam yang akan melibatkan pindaan akta berkaitan.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pegawai yang dilantik menerusi lantikan kontrak (interim) akan dilantik secara tetap menerusi kaedah baharu di bawah sistem saraan perkhidmatan awam yang akan dimuktamadkan kelak.

“Lantikan ke jawatan tetap ini juga tertakluk kepada prestasi dan perakuan Ketua Jabatan selanjutnya.

“Pelantikan ini adalah berdasarkan peraturan dan dasar semasa yang berkuat kuasa iaitu Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Urusan Perkhidmatan (UP) termasuk penetapan gaji dan kemudahan," katanya.

Menurut JPA, kerajaan pada 12 Julai 2023 memutuskan supaya suatu kaedah baharu bagi lantikan tetap pegawai awam diperkenal ke arah mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam.

Kenyataan JPA memaklumkan keputusan itu diambil bagi memastikan kemampanan kewangan kerajaan bagi jangka panjang.

JPA turut berharap penambahbaikan terhadap sistem saraan perkhidmatan awam dapat memacu kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam serta menjaga kebajikan penjawat awam selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Sementara itu, menerusi soalan lazim (FAQ), JPA memaklumkan urusan lantikan kontrak(interim) dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan lantikan Pegawai Awam Persekutuan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan Skim Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis dikecualikan dalam urusan berkenaan.

Menurut JPA, permohonan lantikan kontrak (interim) adalah seperti lantikan tetap sebelum ini menerusi portal SPA9 dengan semua urusan pengambilan dilaksanakan oleh SPA.

"Tempoh kontrak pegawal yang dilantik secara kontrak (interim) adalah selama tiga tahun atau sehingga kaedah baharu lantikan tetap berkuat kuasa. Gaji pegawai lantikan kontrak (interim)adalah sama seperti pegawai lantikan tetap," katanya.

Selain itu, faedah dan kemudahan yang disediakan untuk pegawai lantikan kontrak (interim)adalah berdasarkan peraturan serta dasar semasa yang berkuat kuasa iaitu Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Urusan Perkhidmatan (UP).

Menurut JPA, proses penilaian prestasi bagi pegawai kontrak (interim) adalah berdasarkan polisi dan peraturan semasa yang berkuat kuasa manakala proses pemberhentian/penamatan pegawai adalah berdasarkan terma kontrak.

Menyentuh isu sama ada urusan penentuan gaji permulaan semasa lantikan kontrak (interim) mengambil kira pengalaman sektor pekerjaan terdahulu, JPA berkata ia boleh dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik tertakluk kepada peraturan dan dasar semasa yang sedang berkuatkuasa. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad