web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Tolak Rayuan Tiga Individu Berkaitan Pelanjutan Lesen Lynas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2024 9:03PM

- gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari menolak rayuan tiga individu untuk mencabar keputusan Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang membenarkan lesen Lynas Malaysia Sdn Bhd dilanjutkan pada 2019 untuk beroperasi di fasiliti nadir bumi milik syarikat itu.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Supang Lian, Datuk Seri Mariana Yahya dan Datuk Azizul Azmi Adnan memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan yang tepat untuk menolak semakan kehakiman Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas Tan Bun Teet serta penduduk Kuantan iaitu Ismail Abu Bakar dan G.Ponusamy.

Ketika menyampaikan keputusan mahkamah secara dalam talian, Azizul berkata relief yang dimohon oleh ketiga-tiga individu sudah dianggap bersifat akademik.

Beliau berkata lesen Lynas telah diperbaharui buat kali keenam dan akan tamat pada 2 Mac 2026 manakala Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) telah meminda syarat-syarat bagi memperbaharui lesen itu.

Azizul juga berkata Lynas telah diberikan lesen oleh AELB untuk mengendalikan fasiliti nadir bumi di Gebeng, Pahang sejak 3 September 2012.

Beliau berkata mahkamah tidak akan menzahirkan sebarang pendapat walaupun keputusan yang dibuat sebelum ini berhubung pelanjutan lesen dan pindaan syarat-syarat awal adalah tidak sah.

“Sebarang deklarasi sedemikian oleh mahkamah ini tidak akan menjejaskan hak-hak perayu," katanya sambil menambah mahkamah berpandangan bahawa tidak lagi wujud sebarang kontroversi antara pihak-pihak yang akan menjejaskan mereka," katanya.

Azizul berkata peguam yang mewakili ketiga-tiga individu telah memaklumkan mahkamah bahawa mereka menarik balik permohonan untuk perintah mandamus serta certiorari dalam semakan kehakiman dan hanya ingin memohon deklarasi mahkamah bahawa keputusan melanjutkan lesen operasi Lynas selama enam bulan adalah tidak sah.

Ketiga-tiga individu telah menamakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan 27 Menteri Kabinet ketika itu, Kerajaan Malaysia, AELB dan Lynas sebagai responden dalam permohonan untuk semakan kehakiman tersebut.

Menerusi semakan kehakiman yang difailkan pada 8 November 2019, ketiga-tiga individu memohon deklarasi bagi membatalkan keputusan yang dibuat pada 15 Ogos 2019 oleh Dr Mahathir dan Menteri Kabinet beliau untuk membenarkan pelanjutan lesen selama enam bulan kepada Lynas.

Pada 28 Julai 2021, Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman itu dan ini menyebabkan ketiga-tiga individu merayu kepada Mahkamah Rayuan yang mendengar permohonan mereka pada 9 November tahun lepas dan menetapkan hari ini sebagai keputusan.

Meskipun rayuan ketiga-tiga individu ditolak, panel yang diketuai Supang mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan mereka untuk membayar kos RM20,000 kepada Lynas atas alasan permohonan mereka bukan remeh. - BERNAMA

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad