web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Struktur JKMTPMA63 Disusun Semula, Beri Perhatian Perkara Berbangkit - Fadillah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2024 10:12PM

Fadillah Yusof - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TUARAN  - Struktur Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKMTPMA63) akan disusun semula bagi membolehkan perkara berbangkit daripada perjanjian itu dibincangkan dan diberi perhatian sewajarnya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata penyusunan semula itu diperlukan kerana Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali tidak lagi bertanggungjawab dalam hal ehwal Sabah dan Sarawak susulan rombakan Kabinet Persekutuan, Disember lalu.

Armizan kini memegang portfolio sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

"Kita perlu menyusun semula struktur tersebut dan kemudian kita panggil mesyuarat untuk membentangkan kertas kerja yang baharu," katanya kepada pembertita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada MTPMA63 telah membincangkan mekanisme pelaksanaan bagi pembayaran balik 40 peratus daripada hasil bersih Persekutuan yang diperoleh dari Sabah.

Fadillah berkata penstrukturan semula JKMTPMA63 antara lain membawa kembali Armizan ke jawatankuasa itu.

Katanya, beliau telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor semalam dan membincangkan perkara berkaitan MA63.

"Kami telah duduk untuk mendapatkan arahan daripada beliau (Hajiji). Dan apa yang saya akan lakukan setakat MA63 berkenaan (ialah) akan mendapatkan kedua-dua Armizan dan juga (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi) Datuk Ewon Benedick untuk duduk dalam jawatankuasa itu.

"Bermula dari situ, kita akan mulakan perbincangan," kata Fadillah yang juga bertanggungjawab dalam hal ehwal Sabah dan Sarawak.

Pada Disember tahun lepas, Ewon, yang juga ahli MTPMA63 dan JKMTPMA63, mencadangkan rangka mekanisme untuk pembayaran balik 40 peratus daripada hasil Persekutuan kepada Sabah dan akan mengemukakan cadangan itu kepada kerajaan Persekutuan dan Sabah.

Ahli Parlimen Penampang itu berkata rangka kerja mekanisme yang dicadangkan itu mengambil kira isu teknikal berkaitan ketersediaan data berkaitan kutipan hasil Persekutuan di Sabah sejak 1974, bertujuan untuk pendekatan yang lebih praktikal dan bergerak ke hadapan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

2

Semasa 6 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

3

Rencana 5 hari yang lalu

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

4

Semasa 6 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 12 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar