web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kegembiraan Bertukar Tragedi, Lelaki  Indonesia Lemas Ketika Memancing

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2021 3:36PM

Pasukan bomba dan penyelamat membawa naik mayat seorang lelaki warga Indonesia yang lemas ketika memancing di Lombong Kampong Baru Pekan Pasir, Bidor, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BIDOR - Kegembiraan seorang lelaki warga Indonesia memancing di Lombong Kampong Baru Pekan Pasir, di sini, semalam bersama rakan-rakannya, bertukar menjadi tragedi apabila dia lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam lombong berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mayat mangsa yang berusia 25 tahun  akhirnya berjaya ditemui hari ini selepas operasi mencari dan menyelamat selama hampir 17 jam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mayat mangsa berjaya ditemui jam 11.33 pagi hari ini pada jarak tiga meter dari lokasi terakhir dia ilihat.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat dijalankan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor dengan bantuan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Teluk Intan dan Unit K9 JBPM serta polis.

“Operasi mencari dan menyelamat semalam diperluaskan dengan radius dalam lingkungan 20 hingga 35 meter dari lokasi terakhir sebelum mangsa berjaya ditemui pagi ini.

“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurut jurucakap berkenaan, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Bidor untuk bedah siasat.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan jam 11.50 hari ini. - Getaran, 31 Mei 2021

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad