web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peningkatan Wanita Jalani Ujian HPV Serlah Kesedaran Cegah Kanser Serviks

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2024 3:38PM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri melepaskan burung merpati pada pelancaran program KASIH KPWK: Gempur Saringan HPV DNA 2024 Labuan. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Peningkatan bilangan wanita menjalani ujian virus papiloma manusia (HPV) di seluruh negara menunjukkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan golongan itu terhadap usaha mengesan dan mencegah kanser serviks.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata sebanyak 112,524 orang wanita direkodkan menjalani ujian berkenaan pada 2019 hingga tahun lepas dengan 23,744 daripadanya di Sarawak, diikuti Sabah (12,778) dan Kuala Lumpur (10,932).

“Data berkenaan menunjukkan peningkatan ketara terhadap golongan wanita yang menjalankan ujian  sekali gus melambangkan kejayaan program saringan kanser serviks diseluruh negara.

“Kita lihat lebih ramai wanita berani melangkah ke hadapan bagi melakukan pengesanan awal dan pencegahan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program KASIH KPWK: Gempur Saringan HPV DNA 2024 Labuan sempena Bulan Kesedaran Kanser Serviks Kebangsaan di Desa Tunas Hijau di sini hari ini.

Menurut Nancy, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah memperkenalkan Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCare) yang bermatlamat mempromosikan program pemeriksaan awal kanser termasuk Program Saringan Kanser Serviks (Ujian HPV DNA) dan saringan kanser payudara melalui ujian mamogram yang ditawarkan secara percuma.

Beliau berkata menerusi WCare, pada tahun ini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)menyasarkan sejumlah 57,000 wanita menerima manfaat daripada kempen itu.

LPPKN, katanya mengendalikan 50 Klinik Nur Sejahtera di seluruh negara termasuk tiga di Sabah manakala klinik di Tawau dijangka beroperasi pada 1 Februari ini.

“Di hospital swasta, kos bagi sekali ujian HPV DNA ialah antara RM300 hingga RM500," katanya.

Menurut Nancy, sempena pelancaran KASIH KPWKM Gempur Saringan HPV DNA 2024 Labuan itu, sebanyak 500 wanita di pulau bebas cukai berkenaan akan menerima manfaat daripada saringan kanser serviks percuma menerusi ujian HPV DNA. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad