web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


GEONAT Temukan Fosil Karang Zaman Paleozoik Di Perak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2024 12:38PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAMPAR - Fosil karang pelbagai spesies dianggarkan berusia 300 juta tahun ditemukan di sebuah kawasan seluas 6.9 hektar berdekatan Kampung Changkat Tualang dekat sini.

Beberapa jenis hidupan purba daripada spesies siput laut berkenaan yang sudah lama pupus itu dijumpai sekumpulan penyelidik Persatuan Jurupandu Pelancong Geopark Warisan Alam Semulajadi Perak (GEONAT) yang melakukan penyelidikan di kawasan itu.

Naib Pengerusi GEONAT Mohd Fadly Md Noor berkata pihaknya menjelajah kawasan berkenaan selepas melakukan rujukan daripada jurnal lama termasuk rekod pengkaji lama.

Antara fosil karang dianggar berusia 300 juta tahun yang ditemukan GEONAT. - gambar BERNAMA
Antara fosil karang dianggar berusia 300 juta tahun yang ditemukan GEONAT. - gambar BERNAMA

Kami menemukan lebih tiga atau empat jenis fosil daripada kelas Gastropod, Rugosa, Crinoiddan satu lagi fosil karang, apa yang kita boleh katakan di sini paling banyak jenis Gastropod kita jumpa 50 spot yang melekat pada batu-batuan.

Penemuan ini merupakan yang pertama setakat ini pernah dijumpai di Perak khususnya daerah Kinta dan fosil ini ialah hidupan laut kuno yang muncul sejak zaman paleozoik sebelum wujudnya haiwan reptilia purba dinosaur," katanya dalam sidang media di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas sesi penerangan kepada Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Mohd Azlan Helmi Helmi yang turut hadir menyaksikan fosil yang ditemukan mereka.

Mohd Fadly berkata kesemua spesimen yang ditemukan itu masih belum dibawa keluar dari lokasi terbabit dan penemuan itu turut dimaklumkan kepada pihak Jabatan Mineral dan Geosains(JMG) Perak.

Ada antara fosil berkenaan tampak dengan mata kasar. - gambar BERNAMA
Ada antara fosil berkenaan tampak dengan mata kasar. - gambar BERNAMA
Naib Pengerusi GEONAT Mohd Fadly Md Noor yang ditemui di lokasi. - gambar BERNAMA
Naib Pengerusi GEONAT Mohd Fadly Md Noor yang ditemui di lokasi. - gambar BERNAMA

"Semua penemuan masih berada di dalam kawasan ini kerana tanah ini milik kerajaan negeri dan kita belum lagi mengambil sebarang sampel sehingga satu notis keluar daripada pihak JMG barulah pensampelan dibuat dan setiap laporan akan dihantar ke JMG termasuk turut berkait dengan Geotapak Lembah Kinta," katanya.

Beliau berkata susulan penemuan itu, pihaknya akan mencadangkan kepada kerajaan negeri agar mewartakan kawasan 6.9 hektar terbabit sebagai tapak warisan geologi bagi melindungi dan memulihara kawasan di sekitar tapak penemuan berkenaan.

"Kita percaya kemungkinan besar lebih banyak fosil sedemikian ada di kawasan ini kerana ia agak luas dan kita akan teruskan pencarian bagi menemukan spesimen atau fosil jenis lain.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Mohd Azlan Helmi Helmi yang turut menyaksikan penemuan fosil karang berkenaan. - gambar BERNAMA
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Mohd Azlan Helmi Helmi yang turut menyaksikan penemuan fosil karang berkenaan. - gambar BERNAMA
Lokasi penemuan fosil karang berkenaan teletak di sebuah kawasan seluas 6.9 hektar berdekatan Kampung Changkat Tualang, Perak. - gambar BERNAMA
Lokasi penemuan fosil karang berkenaan teletak di sebuah kawasan seluas 6.9 hektar berdekatan Kampung Changkat Tualang, Perak. - gambar BERNAMA

"Penemuan hasil penyelidikan itu perlu dipulihara kerana ia turut membabitkan unsur penting dalam menentukan sejarah perkembangan geologi serta proses pembentukan bumi di sini," katanya.

Mohd Fadly berkata fosil karang di atas batu kapur puncak dalam air itu membuktikan kawasan berkenaan dahulunya merupakan lautan, namun mengalami proses pembentukan muka bumi sehingga menjadi daratan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 12 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad