web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Kehilangan Bella: Rangka Manusia Ditemukan Di Rumah Terbiar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2024 8:12AM

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Rangka manusia tidak sempurna ditemukan di sebuah rumah terbiar di Batu 7, Tongkang Pechah di sini semalam, dipercayai berkaitan dengan kes kehilangan Mira Sharmila Samsusah atau Bella sejak 14 Disember lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata rangka tersebut ditemukan kira-kira 2 petang selepas pihaknya dibawa ke lokasi kejadian oleh seorang daripada suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan wanita itu.

Beliau berkata pakaian turut dijumpai di lokasi kejadian dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA)akan dilakukan bagi pengesahan identiti mangsa.

"Keluarga Bella sudah dimaklumkan mengenai penemuan itu, namun kita belum dapat mengesahkan sama ada rangka itu milik wanita tersebut.

“Rangka ini akan dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru untuk ujian DNA dan hanya akan dapat diketahui antara dua minggu hingga sebulan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi rangka itu dijumpai di sini semalam.

Sebelum ini dilaporkan, ibu tunggal dua anak itu gagal dihubungi selepas dikatakan keluar rumah menaiki kereta teman lelakinya dengan hanya memakai baju kelawar berwarna biru gelap untuk mencuci pakaian di kedai dobi.

Bagaimanapun, Bella, 32, tidak ditemui selepas itu dengan telefon bimbitnya juga gagal dihubungi, selain mesej dihantar menerusi aplikasi WhatsApp hanya menunjukkan satu tanda sahaja.

Sementara itu, kakak mangsa Norisham, 36, berkata ketika dimaklumkan tentang penemuan rangka manusia itu petang tadi, gerak hatinya tetap mengatakan ia bukan Bella.

Bagaimanapun, katanya, jika ia disahkan adiknya, mereka sekeluarga reda dengan ketentuan Allah namun berharap hukuman setimpal dikenakan terhadap pelaku kes itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar