web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pencakar Langit Malaysia Lambang Kemajuan, Kekuatan Ekonomi Negara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2024 1:00PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - "Kurang membangun, ketinggalan dan dianggap sebagai negara dunia ketiga", kata-kata itu merupakan persepsi awal yang mungkin berlegar dalam minda pelancong terutama dari benua berlainan yang belum pernah menjejakkan kaki Ke Kuala Lumpur.

Namun, persepsi mengenai pembangunan Malaysia itu ternyata kurang tepat apabila pencipta kandungan dari Amerika Syarikat yang hanya mahu dikenali sebagai Lilith yang berkunjung ke ibu negara ini mengakui terkejut melihat banyak bangunan pencakar langit berdiri megah di Kuala Lumpur.

"Apabila saya melihat Menara Berkembar Petronas buat kali pertama, ia sangat besar, saya tidak pasti sama ada saya pernah melihat sesuatu yang begitu tinggi sebelum ini. Saya juga sukakan pencakar langit di Kuala Lumpur, ia amat berbeza daripada negara lain," kongsi gadis berusia 26 tahun yang berasal dari Arizona itu.

Lilith menerusi akaun TikTok dan Instagram @Lilithinkl, gemar berkongsi mengenai tarikan di Kuala Lumpur termasuk keunikan menara pencakar langit yang kini, tiga antaranya iaitu Merdeka 118, The Exchange 106 dan Menara Berkembar Petronas termasuk dalam senarai 100 pencakar langit tertinggi di dunia.

Video rakamannya menunjukkan suasana di sekitar Bukit Bintang juga mendapat perhatian warga siber dengan jumlah hampir 150,000 tanda suka, rata-rata komen menyokong pendapatnya bahawa bangunan di Malaysia tidak kalah berbanding negara maju.

Dianggarkan terdapat 279 bangunan pencakar langit di Malaysia, dengan 210 daripadanya berketinggian lebih 150 meter (m), 63 melebihi 200 m dan enam bangunan melebihi 300 m. Sejumlah 241 bangunan itu terletak di Kuala Lumpur, manakala yang lain di Selangor dan Putrajaya.

Data ini didedahkan aktivis Perancangan Bandar Mohamad Afiq Daniel melalui akaun media sosial X @slainthayer awal bulan ini, yang turut berkongsi bahawa angka berkenaan melebihi jumlah bangunan pencakar langit yang terdapat di seluruh benua Eropah dan Rusia.

Ketika dihubungi Bernama, Mohamad Afig berkata informasi itu diperoleh daripada laman web rasmi organisasi bukan keuntungan antarabangsa Council on Tall Buildings and Urban Habitat yang menyenaraikan maklumat tentang bangunan pencakar langit di seluruh dunia.

Daripada maklumat itu, beliau kemudiannya menganalisis mengikut bandar dan negara serta membuat perbandingan.

"Saya kagum kerana tidak menyangka Kuala Lumpur ada begitu banyak pencakar langit, ia menunjukkan kekuatan ekonomi di ibu negara. la juga menunjukkan betapa majunya Kuala Lumpur dan menjadi antara bukti pembangunan negara.

"Pencakar langit ada kelebihan dari segi ruang serta menyumbang kepada ekonomi dan pendapatan negara iaitu cukai hartanah diperoleh juga lebih tinggi, apabila KL ada banyak pencakar langit ia boleh menyumbang kepada bajet pembangunan yang lebih besar," katanya yang juga penganalisis hartanah.

Pensyarah Kanan Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr S. Gobi Krishna berkata bangunan pencakar langit merupakan identiti yang menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara dengan keunikan seni binanya, sekali gus menyumbang kepada sektor ekonomi.

"Dalam konteks perancangan bandar, bangunan pencakar langit akan mewujudkan suatu skyline atau pemandangan bangunan yang menarik dari segi ketinggian dan reka bentuk bangunan.

"Sekiranya dilihat dari segi pembangunan di negara Barat, kebanyakan bangunan pencakar langit ini berkembang pesat di benua Asia kerana kekangan ruang pembangunan di kawasan bandar itu dan juga pemeliharaan bangunan sejarah yang bernilai tinggi," katanya.

Bangunan pencakar langit menurut beliau juga, menunjukkan kekuatan infrastruktur di dalam negara dari aspek teknologi dan kejuruteraan, sekali gus mampu menjadi daya penarik kepada pelabur untuk melabur di negara ini.

Gobi Krishna bagaimanapun berkata, terdapat juga potensi berlakunya overhang ruang bangunan pencakar langit sekiranya ia digunakan secara optimum, sekali gus mengakibatkan kerugian. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 13 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar