web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Inspektor Polis Antara 7 Ditahan Disyaki Larikan Lelaki Bangladesh

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2024 8:43AM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Seorang inspektor polis antara tujuh individu ditahan disyaki terlibat melarikan seorang lelaki warga Bangladesh dan sebuah rumah di sini pada 10 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Arifai Tarawe, berkata penahanan dilakukan selepas polis menerima laporan daripada abang mangsa yang berusia 32 tahun, kira-kira 1 pagi pada hari sama, menyatakan adiknya yang berumur 27 tahun dikurung oleh sekumpulan lelaki di sebuah rumah di daerah ini.

"Mangsa, seorang pekerja kontrak pendawaian elektrik dikatakan berhutang dengan seorang daripada lelaki berkenaan dan diarah supaya membayar hutang berjumlah RM25,000 atau akan dipukul.

"Polis kemudian menyerbu sebuah rumah di Mambau dan berjaya menyelamatkan mangsa pada 10.30 malam, keesokan harinya," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata susulan itu polis menahan tiga lelaki tempatan dan tiga lelaki warga Bangladesh berusia antara 31 hingga 57 tahun dan kemudiannya mendedahkan penglibatan seorang inspektor polis dalam kejadian itu.

Arifai berkata, pegawai polis berusia 57 tahun itu kemudian ditahan di Perak kira-kira 11.15 pagi pada 12 Januari lalu.

Kesemua lelaki terbabit, katanya, direman hingga hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad