web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tarif Air Baharu Di Johor Mulai 1 Februari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2024 8:09AM

Pelarasan tarif air yang baharu itu dijangka memberi kesan positif kepada Ranhill SAJ khususnya bagi meneruskan inisiatif seperti penggantian paip lama dan projek menaik taraf sistem bekalan air di Johor. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Syarikat pengendali air di negeri ini, Ranhill SAJ akan melaksanakan pelarasan tarif air baharu bagi kategori domestik bermula 1 Februari ini sepertimana yang diputuskan kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ Muhamad Faizal Aliar berkata dengan pelarasan tarif baharu itu, pengguna kategori tersebut dijangka mengalami perubahan dalam bil air bulanan mereka bergantung kepada cara penggunaan air masing-masing.

Dalam satu kenyataan malam ini, beliau berkata kali terakhir pelarasan tarif air di Johor ialah pada 2015.

Menurutnya struktur kadar baharu bagi penggunaan domestik (meter individu) daripada 0 meter padu hingga 20 meter padu ialah RM1.05 satu meter padu berbanding daripada 80 sen sebelum ini, manakala bagi penggunaan 20 meter padu sehingga 35 meter berubah daripada RM2 kepada RM2.35 satu meter padu.

“Bagi penggunaan air melebihi 35 meter padu pula, berubah daripada RM3 kepada RM3. 15 satu meter padu, manakala kadar minimum bagi setiap kategori domestik (meter individu) berubah daripada RM7 kepada RM10.50," katanya.

Beliau berkata untuk kategori domestik (meter pukal) pula, kadar rata berubah daripada RM1.60 kepada RM2.55, dengan kadar minimum bagi kategori domestik (meter pukal) juga mengalami perubahan daripada RM16 kepada RM25.50.

Muhammad Faizal berkata pelarasan tarif air yang baharu itu dijangka memberi kesan positif kepada Ranhill SAJ khususnya bagi meneruskan inisiatif seperti penggantian paip lama dan projek menaik taraf sistem bekalan air di negeri ini.

Selain itu, katanya ia turut membantu memperluaskan pemberian rebat air sebanyak 25 meter padu kepada penerima bantuan e-kasih di samping meningkatkan mutu perkhidmatan dan menampung kenaikan kos operasi yang meningkat setiap tahun, sebagai pembuktian nilai tarif air ini dikembalikan kepada pengguna. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad