web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tunku Azizah Dianugerah Diploma Kehormat Seni Kraf Batik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2024 4:11PM

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menunjukkan Diploma Kehormat Seni Kraf Batik oleh Kraftangan Malaysia yang diterima baginda daripada Institut Kraf Negara (IKN). - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini dianugerahkan Diploma Kehormat Seni Kraf Batik oleh Kraftangan Malaysia melalui Institut Kraf Negara (IKN).

Penganugerahan itu disampaikan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan di Istana Negara.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan ketika menyerahkan anugerah itu kepada Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Istana Negara. - gambar BERNAMA
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan ketika menyerahkan anugerah itu kepada Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Istana Negara. - gambar BERNAMA

Diploma Kehormat itu merupakan penganugerahan tertinggi di IKN, sebagai pengiktirafan kepada sumbangan dan jasa Tunku Azizah memartabatkan industri kraf negara khususnya dalam bidang kraf tekstil batik.

Selain itu, Seri Paduka juga telah menghasilkan 30 koleksi batik bertemakan Sentuhan Permaisuri: Eksplorasi dan Eksperimentasi Batik Inderapura sepanjang tiga tahun penglibatan baginda di IKN sejak 2020.

Khairul Firdaus ketika ditemui pemberita berkata beliau menjunjung kasih dan menzahirkan ucapan tahniah kepada Seri Paduka yang telah lama membawa hasil kraf negara ke peringkat antarabangsa.

"Sebenarnya peranan Seri Paduka dalam memperkasa seni kraf ini telah dilaksanakan sekian lama dan ini berjaya ditunjukkan sewaktu lawatan Seri Paduka di luar negara sehingga setiap kali lawatan, hasilnya kita menerima banyak maklumat positif berkenaan seni kraf kita," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia 'Ainu Sham Ramli berkata 30 koleksi batik hasil kerja tangan Tunku Azizah itu akan dipamerkan pada Sambutan Hari Kraf Kebangsaan tahun ini di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menunjukkan hasil batik dalam koleksi baginda. - gambar BERNAMA
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menunjukkan hasil batik dalam koleksi baginda. - gambar BERNAMA

Beliau berkata pameran itu boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi bagi penggiat batik negara untuk menghasilkan lebih banyak produk batik untuk ditawarkan dalam pasaran.

“Sepanjang tiga tahun, Tunku Azizah mencurahkan minat di IKN bermula 2020 dan menghasilkan karya batik daripada inspirasi Seri Paduka sendiri antaranya corak mahupun pemilihan penggunaan warna.

"Itu kemahiran Tunku Azizah yang sangat berharga dan baginda turut berkongsi pengalaman bersama pelajar serta tenaga pengajar di IKN sendiri," katanya. -BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad