web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelarasan Tarif Air Bantu Tambah Baik Perkhidmatan AKSB

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2024 8:16AM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Pelarasan tarif air yang berkuat kuasa pada 1 Februari dapat membantu kerja-kerja pembangunan, naik taraf, baik pulih serta penyelenggaraan infrastruktur bekalan air dengan lebih lancar dan sempurna seterusnya meningkatkan perkhidmatan air bersih di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Dr Izani Husin berkata ia juga bakal memberi kesan langsung terhadap kualiti perkhidmatan kepada pengguna termasuk menangani gangguan bekalan dan aduan berkaitan masalah bekalan air.

"Semakan pelarasan tarif bagi perkhidmatan air di Kelantan kali terakhir dibuat pada 2013.

“Dalam tempoh 11 tahun itu, kos operasi untuk memproses dan penghantaran air bersih kepada pengguna termasuk kos pembaikan, bahan kimia, gaji, elektrik dan sewa pajak untuk projek telah meningkat naik berkali ganda," katanya kepada Bernama, semalam.

Mengulas lanjut, Dr Izani yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) berkata dalam tempoh itu juga, syarikat terbabit terpaksa menyerap segala kos tersebut dalam pengoperasian harian sehingga ke tahap yang sudah tidak mampu untuk menampung kos-kos tersebut tanpa pelaksanaan pelarasan tarif baharu.

"AKSB juga terpaksa menampung kos elektrik tambahan iaitu Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) sejak 2022," katanya.

Jumlah akaun pengguna di Kelantan ialah 276,171 dengan 238,235 daripadanya adalah akaun domestik manakala selebihnya akaun komersial.

Sebelum ini bekas Pengurus Besar AKSB Dr Nazmi Ghazali Azmi memaklumkan berpandukan kepada Pelan Induk 2021-2030 sebanyak RM5.03 bilion diperlukan bagi menyelesaikan masalah bekalan air di Kelantan.

Beliau berkata jumlah itu merangkumi program pengurusan air tidak terhasil (NRW) berjumlah RM1.7 bilion, Pembangunan Takungan Pinggir Sungai (TAPS) RM2.1 bilion, pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) mini RM120 juta, pembinaan LRA baharu (RM740 juta), naik taraf LRA sedia ada (RM300 juta) dan pengurusan aset (RM70 juta). - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar