web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Palestin Perlu Diterima Sebagai Anggota Penuh PBB - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2024 8:15PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia sentiasa konsisten dalam memperjuang hak setiap rakyat Palestin termasuk mendesak supaya negara itu diterima sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, penyertaan Palestin sebagai negara anggota penuh PBB adalah langkah penting dalam mengiktiraf hak-hak asasi mereka dan memperjuang penyelesaian konflik yang melanda negara itu.

"Sebagai anggota penuh PBB, rakyat Palestin berupaya untuk menjadi pemegang taruh dalam proses pembuatan keputusan yang bakal mempengaruhi masa depan mereka.

"Demi keadilan dan kesejahteraan bagi rakyat Palestin, mari kita bersama-sama bersuara untuk mendesak agar hak mereka sebagai anggota penuh PBB dapat menjadi satu kenyataan," menurutnya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Hantaran itu diiringi beberapa keping gambar yang menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menandatangani dan mengirim sekeping poskad khas kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.

Kandungan poskad itu antara lain menzahirkan hasrat rakyat Malaysia supaya PBB menerima Palestin sebagai anggota penuh serta menuntut keganasan dan kezaliman terhadap warga Palestin oleh rejim Zionis dihentikan segera.

Fahmi, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, penyertaan Palestin sebagai negara anggota penuh PBB akan membuka ruang kepada sumber daya dan perwakilan politik diperlukan di peringkat antarabangsa untuk memperjuang kepentingan penduduk wilayah itu secara efektif.

Beliau berkata, sokongan serta dorongan amat diperlukan untuk memajukan pembangunan sosial, budaya dan ekonomi di bumi keramat itu.

"Aspirasi dan impian warga-warga Palestin harus didengari dan dihormati di peringkat antarabangsa," katanya.

Terdahulu, Anwar menerusi hantaran di laman Facebook beliau mengajak seluruh rakyat untuk turut serta dalam kempen Pengiriman Poskad Khas Palestin Merdeka kepada Guterres sebagai menzahirkan hasrat penduduk Malaysia supaya badan dunia itu menerima Palestin sebagai anggota penuhnya.

Menurut Perdana Menteri, rakyat boleh berbuat demikian dengan membeli poskad itu mulai esok di semua pejabat pos atau menerusi laman sesawang rasmi Pos Malaysia Bhd. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Solidariti Untuk Palestin Terus Menyala, ‘Drive For Gaza 1.0’ Permulaan Untuk Misi Global

4

Semasa 8 bulan yang lalu

FFCxTMTGM Hampiri Zon Kuning, Conscience Perlahankan Pergerakan

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar