web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelarasan Tarif Air Bantu Operator Tambah Baik Mutu Perkhidmatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2024 8:00PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengumuman pelarasan tarif air baharu di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula 1 Februari ini akan membantu operator di setiap negeri menambah baik infrastruktur dan perkhidmatannya.

Ini secara tidak langsung memastikan kesejahteraan rakyat apabila margin simpanan dan paip uzur yang menjadi punca gangguan bekalan dapat diatasi.

Susulan pengumuman itu oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) hari ini, terdapat juga negeri yang perlu melakukan kajian terperinci serta penjelasan lanjut kepada rakyat akan manfaatnya sebelum dilaksanakan.

Di PERAK, Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerajaan negeri akan melakukan kajian terperinci terlebih dahulu memandangkan Perak tertakluk kepada kajian yang dibuat Lembaga Air Perak (LAP).

Menurutnya, selepas kajian LAP selesai, sebarang cadangan oleh operator air negeri itu perlu dibawa ke mesyuarat lembaga pengarah LAP, seterusnya ke mesyuarat EXCO kerajaan negeri yang akan membuat keputusan.

"Memang tarif ini di bawah kuasa SPAN, jadi saya percaya SPAN telah membuat keputusan berasaskan kepada beberapa permintaan sebelum ini daripada beberapa negeri, tetapi seperti biasa ia tidak tertakluk kepada kita mesti ikut, bergantung kepada kajian terlebih dahulu oleh LAP, kebaikan dan keburukannya," katanya pada sidang media hari ini.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kerajaan negeri bercadang menetapkan tarif air lebih rendah berbanding pelarasan SPAN kerana tidak terikat dengan kadar yang ditetapkan suruhanjaya itu.

Di JOHOR, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, kerajaan negeri masih menunggu penjelasan lanjut daripada Kerajaan Persekutuan berhubung manfaat terus yang diterima rakyat berkenaan pelarasan tarif air.

"Kita tidak terima manfaat terus daripada pelarasan tarif air sebab operator air di Johor adalah syarikat swasta berbanding dengan negeri lain, operator di bawah kerajaan negeri sendiri, jadi mereka boleh dapat manfaat terus.

"Jadi untuk manfaat-manfaat seperti kita boleh buat empangan baharu dan sebagainya, kita perlu kajian lebih lanjut (daripada kerajaan persekutuan)," katanya sambil menambah kali terakhir pelarasan tarif air di Johor adalah sembilan tahun lalu.

Di KEDAH, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air dan Sumber Air serta Alam Sekitar Negeri, Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria meminta operator air meningkatkan kualiti perkhidmatan termasuk menambah keupayaaan prasarana dan kecekapan mengurus bekalan air bersih kepada pengguna.

"Operator air juga kena bertindak pastikan bekalan air tak putus, tambah lori tangki, tangki statik, booster pump, menyelaraskan sistem agihan, tekanan dan lain-lain tindakan proaktif dan agresif," katanya.

Di PERLIS, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Perlis (SAP), Dr Mohmad Asari Daud berkata, pelarasan itu dapat mengupayakan usaha menyelenggara infrastruktur bekalan air di kawasan bermasalah dengan tekanan air rendah seperti di Chuping, Sanglang dan Kuala Perlis.

Menerusi pelarasan itu di Perlis, beliau berkata, 0-20 meter padu pada kadar 70 sen, 21-35 meter padu (RM1.10), melebihi 35 meter padu (RM1.50) manakala caj minimum RM7 untuk kategori pengguna domestik berbanding kadar sebelum ini dikira bermula 0-15 meter padu (40 sen), 16-40 meter padu (70 sen) dan 41 meter padu ke atas (RM1.10) dan caj minimum (RM4).

Di NEGERI SEMBILAN, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kali terakhir pelarasan tarif air domestik melibatkan 478,836 akaun di negeri ini dilaksanakan adalah 22 tahun lalu, selain menyatakan kadar baharu bagi 20 meter padu adalah 71 sen, penggunaan 20-35 meter padu pula (RM1.09) dan lebih 35 meter padu (RM1.64).

"Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) masih mensubsidi 93,909 akaun domestik yang menggunakan air kurang daripada 20 meter padu sebulan kerana kadar baharu masih di bawah kos operasi SAINS (rawatan, agihan dan penambahbaikan) iaitu sebanyak RM1 per meter padu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi SAINS berkata, purata penggunaan air satu isi rumah di negeri ini sebanyak 22 meter padu sebulan, impak kenaikan bil bulanan adalah RM3.68 atau 12 sen sehari sahaja manakala kadar baharu tarif selain domestik akan dikenakan caj elektrik sebanyak 9 sen per meter padu.

Katanya, jangkaan pendapatan tambahan daripada pelarasan tarif domestik kali ini adalah RM1.2 juta sebulan atau RM14.4 juta setahun akan digunakan bagi membiayai projek penambahbaikan perkhidmatan bekalan air di negeri ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad