web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tengku Hassanal Berangkat Ke Muzium Kebudayaan Borneo

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2024 6:55PM

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menyaksikan antara pameran di Muzium Kebudayaan Borneo - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat tiba di Muzium Kebudayaan Borneo di sini yang menampilkan jalan cerita Sarawak serta pameran koleksi asli muzium.

Keberangkatan tiba Tengku Hassanal pada 1.10 tengah hari tadi disambut oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Gerald Rentap Jadu dan Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Baginda meluangkan masa kira-kira hampir dua jam untuk melihat koleksi yang berkaitan dengan masyarakat Borneo yang memaparkan pelbagai kebudayaan dan sejarah di beberapa galeri utama seperti Galeri Objek Idaman, Galeri Peredaran Masa dan Galeri Keharmonian Alam dan Manusia.

Pagi tadi, Tengku Hassanal telah berkenan berangkat ke pejabat Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) di Icom Square dan Menara Sarawak Energy Berhad (SEB) bagi mendengar taklimat ringkas berkenaan Strategi Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon Sarawak manakala di Menara SEB, baginda berpeluang memandu uji kereta hidrogen.

Malam ini, baginda dijadualkan berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam di sebuah hotel terkemuka di sini yang akan turut dihadiri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Santuni Rakyat Pulau Langkawi

2

Politik 3 tahun yang lalu

8 ADUN BN, 2 PH Angkat Sumpah Exco Pahang

3

Politik 3 tahun yang lalu

Ketepikan Ideologi, Sentimen Politik Dan Utamakan Pembangunan Pahang - Tengku Hassanal

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad