web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


8 ADUN BN, 2 PH Angkat Sumpah Exco Pahang

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2022 6:56PM

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan berlangsung di hadapan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PEKAN - Anak bekas Perdana Menteri Datuk Mohamad Nizar Mohd Najib hari ini antara 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Mohamad Nizar yang juga ADUN Peramu Jaya adalah antara lapan ADUN UMNO mewakili Barisan Nasional (BN) dilantik sebagai Exco manakala wakil Pakatan Harapan (PH) dilantik masing-masing seorang daripada PKR dan DAP.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan berlangsung di hadapan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan berangkat ke majlis santapan yang berlangsung usai  istiadat berkenaan.

Turut berangkat ialah Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah. Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.

Mohamad Nizar juga adalah empat muka baharu diketengahkan BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dilantik sebagai Exco, selain Fadzli Mohamad Kamal ADUN Dong, Datuk Johari Harun (Pelangai) dan Datuk Sabariah Saidan (Guai).

Turut dilantik menganggotai Exco ialah Razali Kassim (Muadzam Shah) manakala tiga lagi pernah menganggotai barisan Exco pada penggal lepas iaitu Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak (Benta), Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad (Kerdau) dan Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff (Bebar).

 ADUN PKR yang dilantik pula ialah Sim Chon Siang (Teruntum) manakala Leong Yu Man (Triang) mewakili DAP. 

 BN dan PH bersetuju membentuk kerajaan negeri Pahang selepas keputusan PRU15 menyaksikan buat pertama kali dalam sejarah, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang tergantung selepas tiada parti memperoleh majoriti mudah 22 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri. 

Pada PRU15, BN memperoleh 16 kerusi, ketinggalan satu daripada Perikatan Nasional (PN) manakala PH mendapat lapan kerusi DUN. 

DUN Pahang terdiri daripada 42 kerusi, namun proses pengundian bagi DUN Tioman telah ditangguhkan kepada 7 Dis ini berikutan kematian calon PN Md Yunus Ramli, 61, pada 3.30 pagi, hari pengundian 19 November lepas, dipercayai akibat serangan jantung. 

Bagaimanapun, apa-apa jua keputusan DUN Tioman masih tidak membolehkan mana-mana blok politik memperoleh majoriti mudah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Remaja Lelaki Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad