web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ketepikan Ideologi, Sentimen Politik Dan Utamakan Pembangunan Pahang - Tengku Hassanal

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2022 2:15PM

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PEKAN - Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan agar Kerajaan Negeri Pahang yang baharu dibentuk antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mengetepikan ideologi serta sentimen politik.

Kedua-dua parti gabungan yang telah bersetuju untuk membentuk kerajaan negeri itu, menurut Tengku Hassanal perlu meletakkan agenda pembangunan negeri dan kebajikan rakyat sebagai keutamaan selain menumpukan usaha ke arah membangun serta memajukan Pahang. 

"Kini bukan lagi masa untuk berpolitik, cukuplah. Pilihan raya telah tamat dan kerajaan negeri telah dibentuk sekarang masa untuk bekerja. Dalam proses mencapai negeri maju, rakyat tidak mahu lagi melihat tuan, puan (wakil rakyat) terus berpolitik, mencari salah sana dan sini.

"Sebaliknya rakyat mahu, wakil rakyat yang duduk di kerusi kerajaan untuk membawa perubahan supaya Pahang terus maju ke hadapan," titah Tengku Hassanal pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini. 

Pada istiadat berkenaan wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang ke-15 bagi penggal kedua.

Menerusi Titah Diraja itu, Tengku Hassanal menyarankan supaya wakil rakyat pembangkang menjadi 'semak dan imbang' yang profesional serta matang dengan memberi teguran dan idea untuk memperbaiki dasar yang kurang baik. 

Dalam pada itu, Tengku Hassanal menegaskan wakil rakyat harus memperbetulkan niat dan tidak harus mencipta kekayaan diri untuk berasa dihormati sedangkan amanah yang diberi dikhianati, selain menyatakan baginda akan melakukan pemeriksaan mengejut ketika bertemu rakyat.

"Menjadi wakil rakyat bukanlah gah pada gelaran ‘Yang Behormat’, tetapi harus diingat anda menjadi wakil untuk membawa dan menyelesaikan masalah setempat. Saya mahu wakil rakyat saya rajin bekerja, turun ke kawasan dan kampung sentiasa lihat apa perlu dijaga, sekiranya terdapat isu yang tidak dapat diselesaikan boleh sembah maklum kepada saya," titah baginda. 

Wakil rakyat juga menurut baginda perlu berpegang dan menghayati prinsip Rukun Negara selain mengenang kesusahan orang dahulu membina negara dan negeri ini yang terdiri daripada berbilang agama dan kaum.

"Saya mahu ingatkan semua pihak bahawa isu bangsa dan agama tidak patut dipolitikkan. Jangan kerana ideologi dan kepentingkan politik kita gadaikan pembangunan dan kemajuan yang telah mula kita rasa. Sudah 65 tahun merdeka, kita seharusnya mula berlari laju bukan lagi merangkak mencari rentak, jangan kerana politik tidak matang kita semua ke belakang," titah Tengku Hassanal.

Pada istiadat tersebut, Tengku Hassanal turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Wan Rosdy atas pelantikannya sekali lagi bagi menerajui Pahang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas lantikan sebagai Perdana Menteri ke-10.

Baginda dalam titahnya turut berhasrat melihat kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan sentiasa menjalinkan kerjasama yang erat demi pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat. 

Menurut Tengku Hassanal, dalam usaha memajukan Pahang, segala bentuk pembangunan perlu selari dan selaras dengan konsep Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) serta memfokuskan kelestarian alam. 

"Saya tidak menolak pembangunan namun, ia mesti dilakukan dengan terkawal dan lestari, carikan cara agar kita dapat menikmati kemajuan hasil negeri meningkat tetapi khazanah kita kekal terpelihara," titah Tengku Hassanal. 

Tengku Hassanal turut mengingatkan wakil rakyat, ketua jabatan dan pegawai daerah sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi musim tengkujuh, bagi mengelakkan pengurusan bencana dalam keadaan 'huru-hara'. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

2

Politik 1 bulan yang lalu

Agenda Kestabilan, Ekonomi Dan Kebajikan Rakyat Kekal Teras Utama Kerajaan Perpaduan - Pemimpin PH

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad