web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Di Johor, Pahang Meningkat Sedikit Kepada 5,755 Pagi Ini - NADMA

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2024 10:19AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Johor dan Pahang meningkat sedikit kepada 5,755 orang yang berlindung di 44 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 6 pagi ini, berbanding 5,749 orang yang berada di 41 PPS tengah malam tadi.

Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), jumlah itu meliputi 4,982 mangsa daripada 1,390 keluarga yang berlindung di 35 PPS di enam daerah di Johor dan 773 mangsa daripada 230 keluarga di sembilan PPS di Pahang.

Di Johor, sebanyak 3,773 mangsa berlindung di 24 PPS di Kota Tinggi, manakala jumlah mangsa di Mersing melibatkan 620 orang di empat PPS, Kluang (350 orang di tiga PPS), Segamat (89 orang di dua PPS), sementara masing-masing sebuah PPS beroperasi di Batu Pahat bagi menempatkan 70 mangsa dan 80 mangsa (Johor Bahru).

Di Pahang, sebanyak 15 orang berada di sebuah PPS di Maran, 570 orang melibatkan empat PPS di Pekan dan 188 lagi di empat PPS di Rompin.

Sementara itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai di Johor mencatatkan paras bahaya iaitu Sungai Johor dan Sungai Sedili Kecil (Kota Tinggi), Sungai Endau (Kluang) serta Sungai Tenglu Besar dan Sungai Jemaluang (Mersing).

Sungai Pahang di Bera, Pekan dan Maran serta Sungai Rompin adalah antara yang mencatatkan paras bahaya, selain Sungai Kedah Kota Setar (Kedah), Sungai Perak di Hulu Perak (Perak), Sungai Arau di Arau (Perlis) dan Sungai Terengganu di Kuala Terengganu (Terengganu).

Laporan itu turut memaklumkan terdapat 56 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak dan tanah runtuh antaranya Jalan Johor Bahru-Endau di Kota Tinggi, Johor; Trolak Selatan di Batang Padang, Perak dan Jalan Kuala Mentiga - Terapai di Pekan, Pahang. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad