web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Hari Lumpuh, Aktiviti Di Pusat Bandar Kota Tinggi Beransur Pulih

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2024 4:15PM

Pekerja membersihkan kekotoran akibat banjir selepas air mulai surut di Kota Tinggi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Aktiviti di pusat bandar Kota Tinggi yang lumpuh akibat banjir sejak 7 Jan lepas, beransur pulih tengah hari tadi.

Tinjauan Bernama di sekitar pusat bandar mendapati jalan-jalan utama yang sebelum ini dinaiki air hingga dua meter kini boleh dilalui oleh kenderaan ringan walaupun air belum surut sepenuhnya.

Turut kelihatan pemilik premis perniagaan dan pekerja mereka giat membersihkan premis masing-masing, walaupun bekalan elektrik belum disalurkan di beberapa tempat terutama di sekitar menara jam yang menjadi mercu tanda pusat bandar.

Beberapa pekerja yang ditemui Bernama berkata mereka menjangkakan operasi perniagaan bermula esok bergantung kepada bekalan elektrik.

Seorang pekerja premis menjual barangan elektrik Noraini Md Akim, 55, berkata dia datang bekerja pada hari ini untuk membersihkan luar kedai yang dipenuhi lumpur dan kotoran banjir.

"Mujur air banjir tidak masuk ke kedai, jika tidak susah juga sebab banyak barang elektrik akan rosak," katanya.

Menurut Noraini dia mengambil langkah berjaga-jaga kerana mendengar laporan air pasang besar akan berlaku lewat petang nanti.

Keadaan air yang sudah mulai surut namun masih bertakung di kawasan yang rendah. - gambar BERNAMA
Keadaan air yang sudah mulai surut namun masih bertakung di kawasan yang rendah. - gambar BERNAMA

"Hujan lebat pada 2 pagi tadi kemudian renyai sahaja, harap esok atau lusa air boleh surut habis," katanya.

Seorang pekerja kedai menjual pakaian vintaj Nik Nur Izwan Khairul Anuar berkata banjir pada kali ini agak teruk jika dibandingkan dengan empat tahun kebelakangan ini.

Sebelum ini, katanya paras air banjir hanya pada tangga kedai berkenaan, namun pada kali ini hampir memasuki kedai.

"Kalau air naik lagi sekaki (30.48 sentimeter) habis baju dan kasut dalam kedai ini rosak dan kotor terkena air banjir," katanya.

Setakat 1 tengah hari tadi, jumlah mangsa banjir di Johor merekodkan 6,932 orang dengan 4,221 daripadanya di Kota Tinggi. – BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad