web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nor Hisham Dilantik Ketua Pengarah JBPM Baharu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2024 8:47AM

Datuk Nor Hisham Mohammad pada Istiadat Pemakaian Tanda Pangkat Ketua Pengarah JBPM semalam. - gambar JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad dilantik sebagai Ketua Pengarah JBPM yang baharu berkuat kuasa semalam.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kenyataan semalam memaklumkan pelantikan Nor Hisham adalah bagi menggantikan Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin yang bersara wajib pada Disember lepas.

Pelantikan Nor Hisham diadakan pada Istiadat Pemakaian Tanda Pangkat Ketua Pengarah JBPM semalam di kementerian terbabit yang dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming serta Timbalannya Datuk Aiman Athirah Sabu dan Ketua Setiausaha KPKT Datuk M Noor Azman Taib.

"KPKT mengucapkan tahniah atas pelantikan Nor Hisham dan akan memberi kerjasama dalam membawa JBPM ke arah kecemerlangan untuk memberikan perkhidmatan yang unggul kepada rakyat," menurut kenyataan itu.

Nor Hisham, yang dilahirkan pada 12 Okt 1972 di Panchor, Perak mendapat pendidikan awal di Pahang sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dan menerima ljazah Sarjana Muda Pengajian Alam Sekitar pada 1996.

Pada 2002, beliau memperoleh Diploma Tertinggi Kebangsaan bagi Pengajian Pengurusan dan Operasi Kebakaran Majlis Pendidikan Teknologi dan Perniagaan (BTEC) daripada University of Central Lancashire, United Kingdom sebelum menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) di Universiti Teknologi MARA pada 2016.

Perjalanan kerjaya beliau dalam perkhidmatan awam di JBPM bermula pada 16 Mei 1997 sebagai Penguasa Bomba Gred KB41 di Bahagian Keselamatan Kebakaran Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Nor Hisham pemah menyandang beberapa jawatan penting dalam JBPM seperti Timbalan Ketua JBPM (Pembangunan), Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (2020-2023), Pengarah JBPM Negeri Pahang (2018-2020), Pengarah JBPM Negeri Sarawak (2011-2018) serta Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah (2009-2011).

Ketua Pengarah JBPM kesembilan itu juga pernah mengetuai beberapa operasi kebakaran dan penyelamatan berskala besar antaranya sebagai Komander Kanan Operasi mencari dan menyelamat helikopter terhempas di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei 2016 serta Pengarah Operasi Jawatankuasa Pengurusan Kecemasan Kebangsaan (NEMC) bagi banjir di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan pada 17 Dis 2021. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar